awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Pertama Scotland desak UK iktiraf Palestin

Astro Awani
Astro Awani
28/05/2024
23:20 MYT
Menteri Pertama Scotland desak UK iktiraf Palestin
Swinney berkata apa yang penting adalah untuk menguatkuasakan gencatan senjata dengan segera. - Foto AP
EDINBURGH: Menteri Pertama Scotland, John Swinney berpendapat, United Kingdom (UK) perlu mengikut langkah Ireland, Sepanyol dan Norway untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
Beliau juga mahu UK henti penjualan senjata kepada Israel.
"Kita berdepan krisis kemanusiaan di Gaza. Ia sudah berlarutan selama beberapa bulan dan ia mencapai satu tahap yang tidak boleh dibayangkan.
"Apa yang penting adalah untuk menguatkuasakan gencatan senjata dengan segera. Bencana ini perlu dihentikan. Kita perlu menghentikan penjualan senjata. Kita perlu mengambil langkah untuk menstabilkan situasi.
"United Kingdom juga perlu menyertai negara-negara Eropah yang lain seperti Ireland dan Sepanyol untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bebas," katanya.
Sepanyol, Ireland dan Norway secara rasmi menyertai 144 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.
Langkah itu dialu-alukan pihak berkuasa Palestin atau Palestinian National Authority, yang mentadbir Tebing Barat.
Israel bagaimanapun mengecam tindakan itu dan mendakwa ia umpama memberi kelebihan kepada Hamas.
Topic Berkaitan
#John Swinney
#iktiraf Palestin
#Israel
#penjualan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan