DUNIA
Menteri Undang-Undang ASEAN tegaskan komitmen perkukuh timbang tara dan mediasi
Azalina berkata kenyataan bersama yang ditandatangani hari ini bukan sekadar kata-kata di atas kertas. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Undang-Undang, Kehakiman, dan Peguam Negara daripada sepuluh negara anggota ASEAN hari ini menegaskan komitmen bersama mereka untuk memajukan timbang tara dan mediasi perdagangan antarabangsa sebagai alat bagi pembangunan ekonomi serantau, kerjasama undang-undang, dan akses kepada keadilan.
Ringkasan AI
Kenyataan bersama itu diterima pakai pada Forum Undang-undang ASEAN di sini, yang turut dihadiri wakil dari Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam.
Dalam kenyataan bersama, para menteri menekankan kepentingan penyelarasan rangka kerja timbang tara dan mediasi di seluruh ASEAN selaras dengan piawaian antarabangsa, termasuk Konvensyen Pengiktirafan dan Penguatkuasaan Anugerah Timbang Tara Asing, Konvensyen Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Hasil Mediasi, serta Undang-Undang Model UNCITRAL mengenai Timbang Tara Perdagangan Antarabangsa.
"Rangka kerja undang-undang yang kukuh bagi penyelesaian pertikaian adalah penting untuk menarik pelaburan, menggalakkan perdagangan, dan memperkukuh pertumbuhan ekonomi di rantau ini," menurut kenyataan itu.
Para menteri mengakui keperluan kerjasama lebih erat antara negara ASEAN dan rakan antarabangsa serta serantau, termasuk melalui platform perkongsian pengetahuan dan inisiatif pembangunan kapasiti.
Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kemahiran pembuat dasar, profesional undang-undang, dan pengamal penyelesaian pertikaian untuk memenuhi keperluan ASEAN yang sentiasa berubah dalam Penyelesaian Pertikaian Alternatif (PPA).
Dalam langkah signifikan, kenyataan bersama turut menekankan peranan transformasi teknologi dan Kecerdasan Buatan (AI) dalam mempertingkat mekanisme PPA.
Para menteri menyokong penggunaan platform berasaskan AI untuk meningkatkan keberkesanan, mengurangkan kos, dan memastikan keputusan berasaskan bukti serta adil serta menekankan kepentingan penggunaan AI secara bertanggungjawab, privasi data, dan pengawasan manusia.
"Kami menggalakkan penggunaan AI bagi mempermudah pengurusan kes dan memastikan keputusan yang saksama, sambil mengekalkan ketelusan, keadilan, dan kedaulatan undang-undang," menurut kenyataan itu, yang juga menekankan kepentingan keterangkuman, aksesibiliti, dan keyakinan orang ramai terhadap proses undang-undang.
Dengan memperkukuh rangka kerja serantau bagi timbang tara dan mediasi, para menteri berharap dapat meningkatkan akses kepada keadilan, menyokong pembangunan mampan, dan mengukuhkan kedudukan ASEAN dalam lanskap undang-undang dan ekonomi global.
Pengisytiharan itu diakhiri dengan satu ikrar bersatu untuk membina komuniti ASEAN yang inklusif, berdaya tahan, dan dinamik, berasaskan prinsip keadilan, kemakmuran ekonomi, dan kestabilan jangka panjang.
Terdahulu, pada majlis penutup forum di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kenyataan bersama yang ditandatangani hari ini bukan sekadar kata-kata di atas kertas.
"Ia adalah mesej kepada dunia bahawa ASEAN terbuka untuk perniagaan, bersatu dalam keadilan, dan komited kepada keterangkuman," tegas beliau.
Hadir sama pada hari terakhir forum ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran, serta Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn.
Forum tiga hari itu menghimpunkan 58 penceramah dan moderator dalam 15 sesi yang dikendalikan pakar, dengan lebih 300 peserta dari ASEAN dan luar rantau. Perbincangan merangkumi penyelesaian pertikaian alternatif, pembaharuan undang-undang perdagangan dan perniagaan, serta hak asasi manusia.
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Ringkasan AI
- Menteri Undang-undang ASEAN menegaskan komitmen bersama untuk memperkukuh timbang tara dan mediasi perdagangan antarabangsa sebagai alat pembangunan ekonomi serantau, kerjasama undang-undang dan akses kepada keadilan.
- Kenyataan bersama menekankan penyelarasan rangka kerja undang-undang selaras piawaian antarabangsa, peningkatan kapasiti profesional undang-undang, serta peranan teknologi dan AI dalam mempertingkat mekanisme penyelesaian pertikaian alternatif.
- Forum Undang-undang ASEAN di Kuala Lumpur diakhiri dengan ikrar membina komuniti ASEAN yang inklusif dan berdaya tahan, dengan sokongan pemimpin tertinggi termasuk Perdana Menteri Malaysia dan Setiausaha Agung ASEAN.