INTERNATIONAL
'Menuju bencana' - Ahli politik Israel kecam Benjamin Netanyahu
Lapid (kiri) mengkritik Netanyahu dengan menyatakan Israel sedang “menuju ke arah bencana” sambil memberi amaran terhadap retorik politik yang semakin panas.
TEL AVIV : Pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid, mengkritik Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dalam satu ucapan pada Ahad, dengan menyatakan Israel sedang “menuju ke arah bencana” sambil memberi amaran terhadap retorik politik yang semakin panas.
“Tingkat hasutan kini tidak pernah berlaku sebelum ini. Garis merah telah dilangkaui,” kata Lapid.
“Jika kita tidak berhenti, pembunuhan bermotifkan politik akan berlaku - mungkin lebih daripada satu - dan orang Yahudi akan membunuh orang Yahudi.”
Parti Likud pimpinan Netanyahu membalas kenyataan itu dengan menuduh Lapid sendiri terlibat dalam “hasutan berbahaya terhadap Perdana Menteri” menerusi kritikannya.
Sementara itu, Pengerusi parti Yisrael Beiteinu, Avigdor Liberman turut mengkritik Netanyahu menerusi satu hantaran di media sosial dengan menuduhnya lemah dalam menangani isu keselamatan Israel dan melabel
beliau sebagai “Perdana Menteri 7 Oktober.” - Agensi