awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
Kemelut Pas-Bersatu: Kepimpinan tanpa titik penyatuan, kuasa jadi rebutan - Ilham Centre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Merkel bertemu Biden di White House menjelang persaraan

Astro Awani
Astro Awani
15/07/2021
23:16 MYT
Merkel bertemu Biden di White House menjelang persaraan
Merkel yang bakal mengakhiri penggalnya menjelang pilihan raya Jerman September depan telah berkhidmat dalam karier politik merangkumi empat Presiden Amerika Syarikat. -Reuters
WASHINGTON: Kunjungan perpisahan Canselor Jerman, Angela Merkel ke White House membawa pelbagai isu untuk dibincangkan.
Merkel turut bertemu Presiden Joe Biden membincangkan mengenai isu Rusia dan pandangan kedua-dua negara terhadap China sebagai negara yang kini sedang meluaskan kuasa global.
Merkel yang bakal mengakhiri penggalnya menjelang pilihan raya Jerman September depan telah berkhidmat dalam karier politik merangkumi empat Presiden Amerika Syarikat (AS).
"Kita bertemu di G7, juga pada pertemuan NATO. Dan sekarang kita mempunyai peluang untuk berbicara lebih banyak mengenai hubungan dua hala, mengenai hubungan di antara Jerman dan AS, yang jelas selalu menjadi konteks di Eropah," kata Merkel dalam ucapannya.
"Kita juga membincangkan dan menangani perkara-perkara yang kita perlukan terutama isu geopolitik jiran terdekat kita. Itu akan menjadi agenda.
"Saya ingin mengatakan di sini bahawa betapa saya menghargai persahabatan dengan AS.
"Saya lebih mengetahui tentang sumbangan AS kepada Jerman yang bebas dan demokratik. Oleh itu, saya sangat berharap untuk memperdalam lagi hubungan ini melalui perbincangan kita hari ini.
"Dan saya rasa kita boleh dapat menghuraikan lebih banyak perkara itu nanti," kata Merkel lagi.
Merkel turut meyakinkan AS bahawa ketiadaannya tidak akan membawa perubahan yang besar.
Kesatuan Demokratik Kristian Merkel mendahului pilihan di Jerman, bagaimanapun aktivis lingkungan hijau dan parti sosial demokrat juga dilihat bersaing menjadi pemerintah masa hadapan Jerman.
Persaraan beliau akan menandakan fasa baharu yang tidak pasti dalam politik Jerman dan Kesatuan Eropah, dengan jawatan presiden disandang oleh Merkel.
Topic Berkaitan
#Angela Merkel
#Joe Biden
#White House
#Jerman
#Amerika Syarikat
#NATO
#G7
#Kesatuan Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan