awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Merz jangka perbincangan tiga hala selepas pertemuan Zelensky-Trump

Bernama
Bernama
17/08/2025
04:45 MYT
Merz jangka perbincangan tiga hala selepas pertemuan Zelensky-Trump
Mesyuarat tiga hala antara Trump, Zelensky dan Putin dijangka akan diadakan selepas pertemuan Trump-Zelensky di Washington. - Gambar fail
BERLIN: Canselor Jerman Friedrich Merz pada Sabtu berkata mesyuarat tiga hala dijangka diadakan susulan pertemuan antara Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di Washington pada Isnin, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Canselor Jerman Friedrich Merz menjangkakan mesyuarat tiga hala antara Trump, Zelensky dan Putin akan diadakan selepas pertemuan Trump-Zelensky di Washington.
  • Kerajaan Jerman, Britain dan Perancis akan membuat keputusan sama ada menghantar wakil ke mesyuarat di AS pada Ahad.
  • Merz menegaskan tiada rundingan wilayah berlaku tanpa penyertaan Ukraine atau EU, dan Kesatuan Eropah akan terus terlibat dalam proses rundingan.

Dalam temu bual bersama penyiar awam ARD, Merz berkata rundingan tiga hala yang melibatkan Presiden Rusia Vladimir Putin, Zelensky dan Trump berkemungkinan berlangsung tidak lama lagi, meskipun masih terdapat ketidakpastian.
Pada Sabtu, akhbar Jerman Bild melaporkan kerajaan Jerman, Britain dan Perancis akan memutuskan pada Ahad sama ada untuk menghantar wakil ke mesyuarat di AS, serta tahap mereka akan mengambil bahagian.
Mengulas mengenai sidang kemuncak Alaska pada Jumaat, Merz berkata di platform media sosial X bahawa "berita baik" apabila tiada rundingan wilayah berlaku antara Putin dan Trump tanpa melibatkan Ukraine atau Kesatuan Eropah.
Merz berkata rundingan akan diteruskan dan Kesatuan Eropah akan memainkan peranan dalam proses itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Volodymyr Zelensky
#Donald Trump
#Vladimir Putin
#Friedrich Merz
#Ukraine
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan