DUNIA
Merz jangka perbincangan tiga hala selepas pertemuan Zelensky-Trump
Mesyuarat tiga hala antara Trump, Zelensky dan Putin dijangka akan diadakan selepas pertemuan Trump-Zelensky di Washington. - Gambar fail
BERLIN: Canselor Jerman Friedrich Merz pada Sabtu berkata mesyuarat tiga hala dijangka diadakan susulan pertemuan antara Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di Washington pada Isnin, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Dalam temu bual bersama penyiar awam ARD, Merz berkata rundingan tiga hala yang melibatkan Presiden Rusia Vladimir Putin, Zelensky dan Trump berkemungkinan berlangsung tidak lama lagi, meskipun masih terdapat ketidakpastian.
Pada Sabtu, akhbar Jerman Bild melaporkan kerajaan Jerman, Britain dan Perancis akan memutuskan pada Ahad sama ada untuk menghantar wakil ke mesyuarat di AS, serta tahap mereka akan mengambil bahagian.
Mengulas mengenai sidang kemuncak Alaska pada Jumaat, Merz berkata di platform media sosial X bahawa "berita baik" apabila tiada rundingan wilayah berlaku antara Putin dan Trump tanpa melibatkan Ukraine atau Kesatuan Eropah.
Merz berkata rundingan akan diteruskan dan Kesatuan Eropah akan memainkan peranan dalam proses itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Canselor Jerman Friedrich Merz menjangkakan mesyuarat tiga hala antara Trump, Zelensky dan Putin akan diadakan selepas pertemuan Trump-Zelensky di Washington.
- Kerajaan Jerman, Britain dan Perancis akan membuat keputusan sama ada menghantar wakil ke mesyuarat di AS pada Ahad.
- Merz menegaskan tiada rundingan wilayah berlaku tanpa penyertaan Ukraine atau EU, dan Kesatuan Eropah akan terus terlibat dalam proses rundingan.