awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesej akhir tahun: PBB gesa koordinasi global lawan pandemik COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2021
00:52 MYT
Mesej akhir tahun: PBB gesa koordinasi global lawan pandemik COVID-19
Orang ramai menunggu giliran untuk jalani ujian COVID-19 di Times Square. - Foto REUTERS
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran COVID-19 tidak akan hilang.
Setiausaha Agung, Antonio Guterres menekankan dunia tidak akan dapat mengalahkan pandemik itu dengan kaedah yang tidak diselaraskan.
“COVID-19 tidak akan hilang. Ia menjadi jelas bahawa vaksin sahaja tidak akan menghapuskan wabak itu.
"Vaksin mengelakkan kemasukan ke hospital dan kematian bagi majoriti yang mendapatnya dan memperlahankan penyebaran.
"Tetapi penularan tidak menunjukkan tanda untuk berhenti. Dan ini didorong oleh ketidaksamaan vaksin, keraguan dan rasa berpuas hati," katanya.
Guterres membuat kenyataan itu dalam perutusan akhir tahun pada Khamis.
Diplomat PBB itu menambah "sudah menjadi jelas bahawa vaksin sahaja tidak akan menghapuskan pandemik itu."
98 negara tidak dapat memenuhi sasaran akhir tahun yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk memvaksin 40 peratus penduduk dunia menjelang akhir 2021.
Menurut PBB, banyak negara tidak akan dapat mencapai matlamat untuk memvaksin 70 peratus penduduknya pada pertengahan tahun 2022.
Guterres juga mengeluh ketidaksamaan vaksin "memberi laluan kepada varian baharu untuk menjadi liar" dan "memudaratkan kesihatan orang dan ekonomi di setiap sudut dunia."
Beliau menggesa negara untuk menggunakan pendekatan kolaboratif dalam memerangi wabak itu dan menekankan keperluan untuk pembaharuan sistem kewangan antarabangsa.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Antonio Guterres
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan