DUNIA
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Raja Charles bersama ahli keluarga diraja tiba untuk menghadiri upacara Krismas di Gereja St. Mary Magdalene pada Khamis. - Gambar Reuters
LONDON: Raja Britain, Raja Charles III menekankan kepentingan perpaduan dalam kepelbagaian ketika menyampaikan mesej Krismas tahunan pada Khamis (25 Dis), di tengah-tengah konflik, ketegangan politik dan tekanan sosial di seluruh dunia.
“Dengan kepelbagaian komuniti kita, kita mampu mencari kekuatan untuk memastikan kebenaran mengatasi kebatilan,” titah baginda dalam siaran Krismas keempat sejak menaiki takhta.
Raja Charles, 77, bertitah, pertemuannya dengan penganut pelbagai agama memberi semangat apabila melihat mereka berkongsi nilai yang sama, termasuk “hasrat untuk keamanan dan penghormatan mendalam terhadap kehidupan,” sambil menekankan kepentingan berbelas kasihan terhadap golongan pelarian ketika kebimbangan global mengenai migrasi semakin meningkat.
Koir Ukraine simbol sokongan berterusan
Siaran yang dirakam di Westminster Abbey – lokasi bersejarah penobatan raja-raja Britain sejak 1066 – diakhiri dengan persembahan koir Ukraine yang mengenakan pakaian tradisional bersulam, bersama Koir Opera Diraja London.
Penyertaan koir itu mencerminkan sokongan berterusan Raja Charles terhadap Ukraine.
Sepanjang 2025, baginda menerima kunjungan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy di Istana Windsor sebanyak tiga kali, termasuk pada Oktober.
Walaupun terikat untuk kekal neutral secara politik, Raja Charles berulang kali menyuarakan kebimbangan terhadap krisis global utama, termasuk konflik Israel-Gaza, serta melahirkan rasa dukacita selepas serangan terhadap komuniti Yahudi – antaranya insiden di sebuah sinagog (rumah ibadat penganut agama Yahudi) di utara England pada Oktober dan tembakan di acara Hanukkah di Bondi Beach, Sydney, awal bulan ini.
Dalam mesej Krismas yang sarat dengan rujukan kepada kisah kelahiran Nabi Isa, Raja Charles turut menyanjung keberanian veteran tentera dan petugas bantuan kemanusiaan yang berjuang dalam kesukaran, sambil menyatakan mereka memberi harapan kepada baginda.
Baginda turut mengimbas lawatan negara ke Vatican pada Oktober lalu, di mana baginda dan Pope Leo berdoa bersama – satu detik bersejarah kerana ia merupakan kali pertama seorang raja Britain dan ketua Gereja Katolik beribadat bersama sejak England memutuskan hubungan dengan Rom pada 1534.
Cabaran kesihatan dan keluarga
Hampir dua tahun selepas mengumumkan diagnosis kanser, Raja Charles memaklumkan awal bulan ini bahawa rawatannya mungkin dikurangkan menjelang tahun baharu.
Isu kesihatan turut melibatkan ahli keluarga diraja lain.
Catherine, Puteri Wales, mengumumkan pada Januari bahawa beliau kini dalam fasa pemulihan selepas menamatkan rawatan kemoterapi tahun lalu.
Monarki Britain juga berdepan ketegangan keluarga sepanjang 2025.
Raja Charles melucutkan gelaran terakhir adinda, Putera Andrew, susulan semakan semula kaitannya dengan pesalah seks Jeffrey Epstein.
Namun, tahun ini turut menyaksikan detik perdamaian apabila Raja Charles bertemu anakanda bongsu, Putera Harry, untuk minum petang pada September – pertemuan pertama mereka dalam tempoh hampir
dua tahun. Harry kemudian menyatakan harapan untuk pemulihan hubungan, sambil mengakui kehidupan adalah “amat berharga” dan masa untuk memperbaiki ikatan keluarga semakin singkat. - Agensi