DUNIA
'Mesin basuh manusia' dipamer di ekspo Osaka akan dijual pada 2026
Peranti ini menggunakan teknologi "fine-bubble" untuk pembersihan badan tanpa syampu atau gosokan, dengan setiap sesi mandian mengambil masa kira-kira 10 minit. -Foto media sosial
OSAKA: Sebuah "mesin basuh manusia" yang mampu membersih dan mengeringkan seluruh tubuh badan, serta mencuri tumpuan ramai ketika dipamerkan di Ekspo Dunia Osaka tahun ini akan mula dijual kepada pengguna pada 2026, lapor Agensi Berita Kyodo memetik kenyataan pembangunnya.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut laporan itu, penghantaran awal mesin berkenaan ke pusat penjagaan warga emas dijadual bermula Mac tahun depan.
Jualan kepada orang awam pula bagi mesin yang dibangunkan oleh pengeluar peralatan mandi dan pancuran, Science Co., dijangka bermula menjelang akhir 2026.
Pengerusi syarikat, Yasuaki Aoyama berkata mesin itu direka untuk mengurangkan beban proses mandian bukan sahaja kepada pengguna, malah kepada penjaga.
Peranti berkenaan menyerupai tab mandi segi empat tepat yang ditinggikan.
Pengguna memasuki peranti itu melalui pintu di bahagian sisi sebelum duduk untuk menjalani sesi mandian.
Mesin itu menggunakan teknologi "fine-bubble" yang menghasilkan gelembung halus mampu menembusi celahan kecil pada kulit, sekali gus membolehkan pembersihan seluruh badan tanpa memerlukan syampu atau gosokan.
Setiap sesi mandian mengambil masa kira-kira 10 minit.
Mesin berkenaan akan dijual pada harga 1.45 juta yen (US$9,200).
"Kami telah menghasilkan versi dunia sebenar mesin basuh manusia yang membersihkan tubuh dari kepala hingga ke kaki," kata Aoyama.
Idea mesin basuh manusia ini pertama kali diperkenalkan kepada umum pada Ekspo Osaka 1970.
Menurut syarikat itu, kira-kira 1,300 pengunjung telah mencuba peranti berkenaan sepanjang pameran Ekspo Dunia Osaka tahun ini.
Syarikat berkenaan turut menerima permintaan dari dalam dan luar negara supaya teknologi itu dikomersialkan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Mesin basuh manusia yang akan dijual pada 2026 mampu membersihkan dan mengeringkan seluruh tubuh badan, dirancang untuk mengurangkan beban proses mandian kepada pengguna dan penjaga.
- Peranti ini menggunakan teknologi "fine-bubble" untuk pembersihan badan tanpa syampu atau gosokan, dengan setiap sesi mandian mengambil masa kira-kira 10 minit.
- Harga jualan mesin basuh manusia ini adalah 1.45 juta yen (sekitar US$9,200), selepas diperkenalkan kepada umum pada Ekspo Osaka 1970 dan menerima permintaan komersial dari dalam dan luar negara.
Menurut laporan itu, penghantaran awal mesin berkenaan ke pusat penjagaan warga emas dijadual bermula Mac tahun depan.
Jualan kepada orang awam pula bagi mesin yang dibangunkan oleh pengeluar peralatan mandi dan pancuran, Science Co., dijangka bermula menjelang akhir 2026.
Pengerusi syarikat, Yasuaki Aoyama berkata mesin itu direka untuk mengurangkan beban proses mandian bukan sahaja kepada pengguna, malah kepada penjaga.
Peranti berkenaan menyerupai tab mandi segi empat tepat yang ditinggikan.
Pengguna memasuki peranti itu melalui pintu di bahagian sisi sebelum duduk untuk menjalani sesi mandian.
Mesin itu menggunakan teknologi "fine-bubble" yang menghasilkan gelembung halus mampu menembusi celahan kecil pada kulit, sekali gus membolehkan pembersihan seluruh badan tanpa memerlukan syampu atau gosokan.
Setiap sesi mandian mengambil masa kira-kira 10 minit.
Mesin berkenaan akan dijual pada harga 1.45 juta yen (US$9,200).
"Kami telah menghasilkan versi dunia sebenar mesin basuh manusia yang membersihkan tubuh dari kepala hingga ke kaki," kata Aoyama.
Idea mesin basuh manusia ini pertama kali diperkenalkan kepada umum pada Ekspo Osaka 1970.
Menurut syarikat itu, kira-kira 1,300 pengunjung telah mencuba peranti berkenaan sepanjang pameran Ekspo Dunia Osaka tahun ini.
Syarikat berkenaan turut menerima permintaan dari dalam dan luar negara supaya teknologi itu dikomersialkan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang membuat mesin basuh manusia ini menjadi tumpuan di Ekspo Dunia Osaka?
A: Mesin basuh manusia yang mampu membersih dan mengeringkan seluruh tubuh badan serta menggunakan teknologi "fine-bubble" yang membolehkan pembersihan tanpa syampu atau gosokan. - Q: Bilakah mesin basuh manusia ini dijangka akan mula dijual kepada pengguna?
A: Mesin ini dijangka akan mula dijual kepada pengguna pada akhir tahun 2026. - Q: Berapakah harga jualan mesin basuh manusia ini?
A: Mesin basuh manusia ini akan dijual pada harga 1.45 juta yen (US$9,200). - Q: Bagaimana proses pengguna menggunakan mesin basuh manusia ini?
A: Pengguna memasuki peranti itu melalui pintu di bahagian sisi sebelum duduk untuk menjalani sesi mandian yang mengambil masa kira-kira 10 minit. - Q: Apa yang menjadi inspirasi bagi pembangunan mesin basuh manusia ini?
A: Idea mesin basuh manusia pertama kali diperkenalkan kepada umum pada Ekspo Osaka 1970 dan sejak itu telah dipertingkatkan hingga versi dunia sebenar yang mampu membersihkan tubuh dari kepala hingga ke kaki.