awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel

Astro Awani
Astro Awani
13/05/2024
04:20 MYT
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Pelarian Palestin menaiki sebuah van ketika melarikan diri dari Rafah susulan serangan darat dan udara tentera rejim Zionis Israel. - Foto REUTERS
KAHERAH: Mesir menegaskan akan campur tangan menyokong kes Afrika Selatan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), sebagai tindak balas ke atas skala operasi rejim Zionis Israel yang semakin meningkat di Gaza.
Tindakan itu menyerlahkan ketegangan semakin meningkat antara kedua-dua negara jiran itu ketika operasi Israel di sempadan bandar Rafah menguji perjanjian jangka panjang dan kerjasama keselamatan.
Menurut Kementerian Luar Mesir, pengumuman campur tangan dalam kes ini adalah berikutan perluasan skop dan skala pencabulan Israel terhadap orang awam di Gaza.
Mesir sebelum ini telah mengemukakan hujah dalam kes berkenaan.
Jumaat lalu, Afrika Selatan meminta mahkamah mengarahkan Israel berundur dari Rafah sebagai sebahagian daripada langkah kecemasan tambahan dalam kes berterusan Israel melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai.
Sumber keselamatan Mesir memberitahu Reuters bahawa pegawai Mesir telah menyampaikan perkara itu kepada Israel bahawa mereka menyalahkan tindakan rejim itu atas ketegangan hubungan dua hala dan terjejasnya rundingan gencatan senjata membabitkan delegasi Hamas, Israel, Amerika Syarikat, Mesir dan Qatar di Kaherah.
Hamas, kumpulan pejuang Palestin yang mentadbir Gaza, mengalu-alukan langkah Kaherah itu.
Ditanya mengenai Perjanjian 1979 antara kedua-dua negara berhubung operasi Rafah, Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry berkata, perjanjian antara kedua-dua negara adalah perlu untuk memastikan keselamatan dan ia mempunyai mekanisme untuk menangani sebarang pelanggaran.
Topic Berkaitan
#Mesir
#ICJ
#Afrika Selatan
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan