DUNIA

Mesir anjur rundingan pembinaan semula Gaza pada Nov

Bernama 19/10/2025 | 08:45 MYT
Persidangan itu diadakan dalam kerangka usaha antarabangsa untuk menyokong rakyat Palestin dan membina semula Semenanjung Gaza. - Gambar fail/Reuters
KAHERAH: Mesir sedang berusaha dengan kerjasama rakan serantau dan antarabangsa untuk menganjurkan Persidangan Antarabangsa bagi Pemulihan Awal dan Pembinaan Semula Semenanjung Gaza, yang dijadualkan berlangsung di Kaherah pada November depan, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).


Ringkasan AI
  • Mesir akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa di Kaherah pada November 2025, bertujuan menyokong pemulihan awal dan pembinaan semula Semenanjung Gaza dengan kerjasama rakan serantau dan antarabangsa.
  • Persidangan ini akan membincangkan pelan keamanan Arab-Islam dan pelan damai AS, termasuk pembangunan Gaza, dengan harapan penyertaan aktif daripada komuniti antarabangsa.
  • Persiapan logistik dan teknikal sedang giat dijalankan, bagi memastikan hasil persidangan dapat meringankan penderitaan rakyat Palestin dan membina semula kawasan yang musnah akibat perang.


Menteri Luar, Imigresen dan Ekspatriat Badr Abdelatty pada Sabtu berkata persidangan itu diadakan dalam kerangka usaha antarabangsa untuk menyokong rakyat Palestin dan membina semula Semenanjung Gaza.

Beliau berkata persiapan logistik dan teknikal sedang giat dijalankan bagi memastikan persidangan itu menghasilkan keputusan yang praktikal, yang dapat membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin serta membina semula apa yang telah dimusnahkan oleh perang.

Menurut Abdelatty, persidangan itu akan membincangkan pelaksanaan pelan keamanan Arab-Islam dan pelan damai Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, khususnya berhubung pembangunan Gaza, sambil menyatakan harapan Mesir agar mendapat penyertaan aktif daripada pelbagai pihak dalam komuniti antarabangsa.

-- BERNAMA




#Mesir #rundingan pembinaan semula Gaza #rakyat Palestin #Donald Trump