awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir batal projek restorasi piramid Menkaure selepas dikecam

Amanz
Amanz
23/02/2024
05:22 MYT
Mesir batal projek restorasi piramid Menkaure selepas dikecam
Menkaure ialah piramid yang unik kerana ia satu-satunya yang mempunyai permukaan luar yang diperbuat daripada granit. -Amanz
AWAL bulan lalu, Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir mengumumkan perancangan membaik pulih piramid Menkaure yang terletak di Giza.
Bahagian luar piramid ini akan dilitupi semula dengan bahan granit seperti asalnya beberapa ribu tahun yang lalu dengan projek ini akan memakan masa tiga tahun.
Sejurus selepas pengumuman dilakukan, usah ini menerima kecaman daripada ahli arkeologi Mesir dan dunia.
Semalam jurucakap Jawatankuasa Piramid Menkaure, Dr Zahi Hawass menegaskan pelan membaik pulih semula piramid dibatalkan selepas mendengar pendapat pelbagai pihak.
Beliau yang merupakan mantan Menteri Antikuiti Mesir berkata, beliau telah menerima ratusan mesej menggesa projek itu dibatalkan sejurus selepas ia diumumkan.
Menkaure ialah piramid yang unik kerana ia satu-satunya yang mempunyai permukaan luar yang diperbuat daripada granit.
Piramid-piramid lain menggunakan bahan batu pasir. Pembinaan Menkaure tidak pernah disiapkan akibat kematian Firaun Menkaure pada tahun 2503 sebelum Masihi.
Hanya 18 tingkat granit berjaya dipasang sebelum proses luluhawa menyebabkan hanya 7 dapat dilihat pada zaman sekarang. -Amanz
Topic Berkaitan
#Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir
#baik pulih piramid
#piramid Menkaure
#Ahli Arkeologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan