DUNIA
Mesir berusaha yakinkan Hamas terima pelan Presiden Trump - Menteri Luar
Badr Abdelatty. - Gambar fail/REUTERS
PARIS: Mesir kini giat bekerjasama dengan Qatar dan Turkiye bagi meyakinkan pasukan pejuang Palestin, Hamas untuk menerima pelan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang bertujuan menamatkan perang hampir dua tahun di Gaza.
Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dalam ucapannya di Institut Hubungan Antarabangsa Perancis pada Khamis (2 Okt) memberi amaran konflik akan terus memuncak sekiranya Hamas enggan memberi kata putus positif.
Beliau menegaskan, Hamas perlu dilucutkan senjata, manakala Israel tidak wajar diberi alasan untuk meneruskan serangan kejam di Gaza.
“Jangan beri ruang kepada mana-mana pihak menggunakan Hamas sebagai alasan untuk meneruskan pembunuhan harian terhadap orang awam. Apa yang berlaku sekarang sudah jauh melepasi peristiwa 7 Oktober,” katanya, merujuk serangan Hamas pada 2023 yang meragut 1,200 nyawa dan menyaksikan lebih 200 tebusan diculik menurut rekod Israel.
Serangan balas Israel sejak itu dilaporkan mengorbankan lebih 66,000 orang di Gaza, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.
“Ini bukan lagi soal dendam. Ia adalah pembersihan etnik dan genosid yang sedang berlangsung. Jadi, cukup-cukuplah,” tegas Abdelatty.
Awal minggu ini, White House mendedahkan dokumen 20 perkara yang merangkumi gencatan senjata segera, pertukaran tahanan Hamas dengan banduan Palestin di Israel, pengunduran berperingkat tentera Israel dari Gaza, pelucutan senjata Hamas serta penubuhan kerajaan peralihan di bawah seliaan badan antarabangsa.
Trump pada Selasa memberi tempoh tiga hingga empat hari kepada Hamas untuk membuat keputusan.
Sebagai perantara utama, Mesir kini menggandakan usaha diplomasi bersama Qatar dan Turkiye bagi mendapatkan persetujuan Hamas, walaupun Abdelatty mengakui proses itu amat mencabar.
“Jika Hamas menolak, keadaan akan menjadi sangat sukar. Sudah tentu konflik akan lebih parah. Justeru kami menggandakan usaha agar pelan ini dapat dilaksanakan dan diterima Hamas,” jelasnya.
Beliau turut menyatakan sokongan terhadap visi Trump menamatkan perang, namun menekankan masih banyak perkara perlu diperhalusi, khususnya aspek tadbir urus dan keselamatan.
“Banyak ruang kosong yang perlu diisi. Kita perlukan lebih banyak perbincangan mengenai pelaksanaan pelan ini, terutama soal pemerintahan dan pengaturan keselamatan,” katanya.
Mengulas kebimbangan sama ada pelan itu bakal membawa kepada pengusiran paksa rakyat Palestin, Abdelatty menegaskan, Mesir tidak akan sesekali menerima sebarang bentuk perpindahan penduduk.
“Perpindahan itu tidak akan berlaku. Tidak boleh berlaku kerana ia bermakna berakhirnya perjuangan Palestin. Kami tidak akan benarkan ia berlaku dalam apa jua keadaan,” tegasnya. - Agensi