Skip to main content

Dunia

Mesir, China ulang sokongan ke arah negara Palestin berdaulat, tegaskan isu kekal teras di Asia Barat

Egypt's President Abdel Fattah al-Sisi welcomes his Chinese counterpart Xi Jinping upon his arrival at the Cairo International Airport, Egypt, September 1, 2026. Khaled Desouki/Pool via REUTERS
Menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan sempena lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Mesir, kedua-dua negara mengulangi penolakan terhadap sebarang usaha memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka atas apa juga alasan. -Foto Reuters
Advertisement

KAHERAH: Mesir dan China menegaskan bahawa penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat kekal menjadi isu teras di rantau Asia Barat.

Menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan sempena lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Mesir, kedua-dua negara mengulangi penolakan terhadap sebarang usaha memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka atas apa juga alasan.

“Kedua-dua pihak menegaskan bahawa penyelesaian dua negara merupakan satu-satunya jalan ke arah penyelesaian yang adil dan berkekalan, termasuk penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan 4 Jun 1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya,” menurut kenyataan itu.

Mesir dan China turut menggesa pengukuhan gencatan senjata di Semenanjung Gaza, penyaluran bantuan kemanusiaan tanpa sekatan serta pengembalian pentadbiran Gaza kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) secepat mungkin.

Kenyataan itu turut menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur yang diduduki Israel.

Mesir dan China secara khusus mengkritik peningkatan keganasan oleh peneroka haram Israel, aktiviti rampasan tanah serta pembinaan penempatan baharu yang disifatkan melanggar undang-undang antarabangsa.
 

Must Watch Video

Advertisement