DUNIA
Mesir desak Trump jadikan tragedi Gaza sebagai "peluang untuk perdamaian, pemulihan"
Badr berkata cadangan gencatan senjata Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dan Qatar "dapat menyelamatkan rantau ini daripada pertumpahan darah selanjutnya". - Foto AP
ISTANBUL: Menteri Luar Mesir pada Jumaat menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memainkan peranan tegas dalam mencapai keamanan di Asia Barat serta menjadikan "tragedi Gaza sebagai peluang untuk perdamaian dan pemulihan", lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Kita berdiri hari ini di persimpangan penting dalam perang di Gaza. Perang ini sama ada boleh ditamatkan atau berlarutan tanpa tempoh yang pasti, membawa kepada lebih banyak akibat yang dahsyat," kata Badr Abdelatty dalam rencana pandangan di majalah AS Washington Examiner.
Diplomat tertinggi itu berkata cadangan gencatan senjata Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dan Qatar "dapat menyelamatkan rantau ini daripada pertumpahan darah selanjutnya dan membuka jalan untuk pemulihan."
Abdelatty menegaskan bahawa cadangan itu akan memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan segera kepada rakyat Palestin serta pemulangan tawanan Israel.
Beliau menyifatkan cadangan itu sebagai "pembukaan penting yang boleh mengubah haluan konflik, daripada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan kepada laluan ke arah pengurangan ketegangan dan pemulihan.
"Hamas telah menerima cadangan itu. Kini keputusan terletak di tangan Israel. Keputusannya akan menentukan sama ada konflik ini menuju ke arah penamatan atau berlanjutan," katanya.
"Presiden Donald Trump telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan usaha keamanan di seluruh dunia, di Eropah antara Azerbaijan dan Armenia, serta di Afrika antara Rwanda dan Republik Demokratik Congo," kata menteri itu.
Beliau berkata usaha Trump "untuk menamatkan perang di Ukraine juga penting dalam menjamin keamanan di Eropah. Tetapi yang lebih utama, beliau memainkan peranan dalam mencapai perjanjian gencatan senjata awal pada 19 Jan antara Israel dan Hamas."
"Mencapai keamanan di Timur Tengah akan menjadi mahkota kepada segala usaha tersebut, mencerminkan sokongan beliau terhadap keamanan dan penyelesaian yang berkekalan di rantau bergolak," kata Abdelatty.
"Hari ini, semangat yang sama amat diperlukan untuk menjadikan tragedi di Gaza sebagai peluang untuk perdamaian dan pemulihan."
Abdelatty menekankan keperluan segera menyediakan bantuan kemanusiaan sambil memastikan gencatan senjata, merujuk kepada penilaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai "kebuluran buatan manusia" di Gaza.
"Beribu-ribu trak berbaris di sempadan membawa bekalan kemanusiaan yang menyelamatkan nyawa. Dan walaupun lintasan Rafah dari pihak Mesir sentiasa terbuka, pendudukan Israel di pihak Palestin di lintasan itu telah menghalang aliran bantuan," jelasnya.
Pada Mei 2024, tentera Israel merampas bahagian Palestin di lintasan Rafah, menghentikan penghantaran bantuan dan pemindahan pesakit untuk rawatan di luar negara, sekali gus memburukkan keadaan kemanusiaan di wilayah itu.
Genosid yang berterusan di Gaza memasuki hari ke-700 pada Jumaat, dengan Israel membunuh sekurang-kurangnya 64,300 rakyat Palestin. Kempen ketenteraan itu telah memusnahkan wilayah berkenaan yang kini berdepan kebuluran.
Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung perang di wilayah tersebut.
-- BERNAMA