DUNIA
Mesir gesa Israel luluskan cadangan gencatan senjata Gaza yang diterima Hamas
Kementerian Luar Mesir berkata gencatan senjata akan "menyumbang kepada usaha mengekalkan keselamatan dan kestabilan" di rantau berkenaan. - Reuters
ISTANBUL: Mesir pada Rabu menggesa Israel untuk meluluskan cadangan gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza yang telah diterima oleh Hamas, lapor Agensi Anadolu (AA).
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Mesir menekankan "keperluan bagi pihak Israel menerima perjanjian yang diluluskan oleh Hamas berdasarkan cadangan Utusan Khas Amerika Syarikat (AS) Steve Witkoff" bagi mencapai gencatan senjata segera di Gaza, membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan serta membebaskan sebilangan tawanan dan tahanan Palestin.
Kementerian itu berkata gencatan senjata akan "menyumbang kepada usaha mengekalkan keselamatan dan kestabilan" di rantau berkenaan serta menghidupkan semula usaha ke arah penyelesaian dua negara berdasarkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan.
Hamas pada Isnin menyatakan pihaknya menerima cadangan gencatan senjata yang dikemukakan oleh negara pengantara Mesir dan Qatar, tanpa memberikan butiran mengenai kandungan cadangan itu.
Menurut media Mesir, cadangan itu menyeru agar tentera Israel menempatkan semula pasukan berhampiran sempadan untuk memudahkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza serta menghentikan operasi ketenteraan selama dua bulan untuk memudahkan pertukaran tahanan-tawanan.
Israel menahan lebih 10,800 rakyat Palestin di penjaranya dalam keadaan yang teruk, dengan kumpulan hak asasi manusia melaporkan kematian akibat penyeksaan, kelaparan dan pengabaian perubatan.
Israel telah membunuh lebih 62,100 rakyat Palestin di Gaza sejak Oktober 2023. Kempen ketenteraan itu telah memusnahkan wilayah berkenaan, yang kini menghadapi kebuluran.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini