awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir lengahkan penguatkuasaan perintah berkurung

Astro Awani
Astro Awani
31/01/2013
00:11 MYT
Mesir lengahkan penguatkuasaan perintah berkurung
Pihak berkuasa Mesir melengahkan penguatkuasaan perintah berkurung di Ismailia, Port Said dan Suez.
Laporan terbaru menyebut, perintah berkurung di Ismailia akan bermula pada 2 pagi waktu tempatan manakala di Port Said, ia akan bermula pukul 1 pagi.
Terdahulu, dua lagi penunjuk perasaan ditembak mati sebelum subuh berhampiran dengan Dataran Tahrir pada Rabu.
Insiden itu menyusul sehari selepas ketua tentera Mesir memberi amaran, Mesir akan runtuh jika penyokong Presiden Mesir, Mohammed Morsi dan penunjuk perasaan enggan menamatkan pertempuran mereka.
Di Berlin, Morsi mengajak kumpulan pembangkang untuk berdialog namun enggan tunduk kepada tuntutan agar mereka dimasukkan dalam kerajaan perpaduan.
Beliau yang mengadakan pertemuan dengan Canselor Jerman, Angela Merkel memaklumkan, sebuah kabinet baharu akan dibentuk selepas pilihan raya parlimen pada April nanti.
Morsi yang sepatutnya melawat Paris selepas itu, bergegas pulang ke Mesir ekoran ketegangan yang berterusan.
Dalam perkembangan berkaitan, pertempuran antara kumpulan penunjuk perasaan dan polis perusuh di Kaherah berterusan hingga malam Rabu.
Memasuki hari ketujuh, penunjuk perasaan yang berkampung di kawasan sekitar Dataran Tahrir melemparkan batu dan bom petrol ke arah polis.
Bagaimanapun, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan keadaan.
Keganasan yang berterusan di Mesir telah memaksa presiden Mohammed Morsi untuk memendekkan lawatannya ke eropah.
Topic Berkaitan
#Angela Merkel
#Ismalia
#Mesir
#Mohammed Morsi
#Port Said
#Suez
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan