awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir: Menara bersejarah di Saladin Citadel dibuka semula kepada pengunjung

Bernama
Bernama
19/02/2024
09:05 MYT
Mesir: Menara bersejarah di Saladin Citadel dibuka semula kepada pengunjung
Pembukaan semula Ramla Tower dan Al-Haddad Tower akan menarik lebih ramai pelancong ke Saladin Citadel. - Gambar/ Reuters
KAHERAH: Dua menara di Saladin Citadel, satu daripada mercu tanda terkenal di ibu negara Mesir di sini dibuka kepada orang ramai pada Ahad selepas menjalani kerja-kerja pemulihan, lapor Xinhua.
Menteri Pelancongan dan Antikuiti, Ahmed Issa pada majlis perasmian itu berkata pembukaan Ramla Tower dan Al-Haddad Tower, bersama-sama dengan tarikan baru lain, akan memanjangkan tempoh lawatan ke kubu berkenaan dari satu jam kepada tiga jam.
Menurut Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti Mustafa Waziri, dua menara itu akan dimasukkan dalam jadual perjalanan ke kubu berkenaan dan pelawat boleh memasukinya dengan menggunakan tiket masuk kubu.
Beliau berkata kerja-kerja pemulihan, termasuk membersihkan dan menggantikan batu, menyelenggara tangga dan lantai batu, membina dinding untuk keselamatan dan melindungi tempat suci.
Ramla Tower dengan ketinggian 20.8 meter manakala Al-Haddad Tower, satu daripada menara terbesar di kubu pertahanan itu dibina oleh Salah El-Din pada tahun 1176 dan berfungsi sebagai pusat pentadbiran bagi kebanyakan pemerintah Mesir selama 700 tahun.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Kaherah
#Saladin Citadel
#Ahmed Issa
#buka semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan