awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir mumiakan jerung baham pelancong Rusia, pamer di muzium

Bernama
Bernama
15/06/2023
04:16 MYT
Mesir mumiakan jerung baham pelancong Rusia, pamer di muzium
Kelihatan ikan jerung yang menyerang pelancong di Hurghada, Mesir, 8 Jun 2023. - Foto REUTERS
ANKARA: Mesir dalam usaha untuk memumiakan jerung tenggiri (tiger shark) yang membaham seorang pelancong Rusia di bandar Hurghada, dekat Laut Merah pada Khamis lepas.
Haiwan itu sudah berjaya ditangkap dan dibawa ke darat.
Sebahagian anggota badan pelancong berusia 28 tahun itu ditemukan dalam perut haiwan itu, manakala selebihnya dijumpai oleh nelayan.
Bangkai jerung tenggiri itu telah diserahkan kepada penyelidik di Institut Sains Marin untuk diawet sebelum dipamerkan di muzium, menurut Agensi Anadolu memetik akhbar tempatan Shorouk.
"Jerung tenggiri, haiwan kedua paling berbahaya kepada manusia selepas jerung putih.
"Haiwan itu boleh ditemukan di Laut Merah dalam jumlah yang kecil. Bagaimanapun, jerung itu dikatakan memburu di sekitar pantai dan boleh menangkap mangsanya pada kedalaman kurang dua meter," kata pakar di Institut Sains Marin, Ashraf Seddik.
Sementara itu, ketua institut berkenaan Ahmed Wahballah berkata jerung itu akan dipamerkan di Muzium Institut Saintifik.
Pada tahun 2022, dua pelancong Eropah terbunuh diserang haiwan itu berhampiran Hurghada manakala pada 2020, seorang budak lelaki Ukraine kudung tangan dan seorang pemandu pelancong Mesir kudung sebelah kaki akibat diserang jerung.
Seorang pelancong Czech, pelancong Jerman serta pelancong dari Eropah turut maut akibat dibaham jerung masing-masing pada tahun 2018, 2015, 2010.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiger shark
#jerung baham manusia
#pelancong rusia
#Mesir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan