Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu

Proses pemulihan itu dijangka mengambil masa kira-kira empat tahun dan akan dibuka kepada pengunjung untuk menyaksikan kerja-kerja berkenaan secara langsung. - Foto Reuters
KAHERAH: Mesir pada Selasa memulakan kerja pemasangan semula bot solar kedua milik Raja Khufu yang berusia ribuan tahun di Muzium Besar Mesir (GEM) yang baru dibuka, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Mesir memulakan pemasangan semula bot solar kedua Raja Khufu yang berusia ribuan tahun di Muzium Besar Mesir.
- Proses pemulihan bot yang mengambil masa empat tahun ini akan dibuka kepada pengunjung.
- Bot yang ditemui dalam keadaan daif terdiri daripada 1,650 serpihan kayu dan berukuran 42 meter panjang.
Bot yang berusia kira-kira 4,500 tahun itu ditemukan berhampiran Great Pyramid, iaitu makam Raja Khufu pada 1954. Ia terdiri daripada kira-kira 1,650 serpihan kayu dan berukuran sekitar 42 meter panjang.
"Bot solar pertama Khufu ditemui dalam keadaan hampir lengkap, namun bot kedua yang sedikit lebih kecil itu ditemukan dalam keadaan yang sangat daif," kata Ketua Pegawai Eksekutif GEM Ahmed Ghoneim.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


