DUNIA
Mesir sedia terima orang awam cedera dari Gaza sebaik pintu sempadan Rafah dibuka semula
Pihak Mesir di sempadan Rafah bersedia menghadapi sebarang perkembangan di lapangan. - Reuters
KAHERAH: Mesir pada Rabu menyatakan kesediaan untuk menerima orang awam yang cedera dari Semenanjung Gaza serta menyalurkan bantuan kemanusiaan ke wilayah itu sebaik sahaja pintu sempadan Rafah dibuka semula, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Gabenor Sinai Utara Mej Jen Khaled Mujawir memberitahu televisyen negara Mesir, pihak Mesir di sempadan Rafah bersedia menghadapi sebarang perkembangan di lapangan.
"Pusat pengurusan krisis sedang mengusahakan pelbagai senario yang mungkin, termasuk penghantaran bantuan, jika perkembangan mengizinkan, sebagai persediaan pembukaan semula sempadan itu," kata Mujawir.
Beliau menegaskan yang Mesir membuat persiapan awal dan penyelarasan sedang dijalankan dengan pusat krisis di Kaherah serta semua institusi negara.
"Kami bersedia 100 peratus untuk kemasukan bantuan dan untuk menerima orang awam yang cedera dari Semenanjung Gaza," katanya.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, pada 9 Okt 2025 mengumumkan bahawa Israel dan Hamas meluluskan fasa pertama pelan gencatan senjata bagi Gaza semasa rundingan yang sedang berlangsung di Mesir.
Gencatan senjata itu berkuat kuasa pada hari berikutnya selepas diluluskan oleh regim Israel.
Mayat tawanan Israel terakhir di Gaza, Ran Gvili ditemukan dan dibawa pulang ke Israel pada 26 Jan, dengan kumpulan Palestin di Gaza sebahagian besarnya memenuhi syarat fasa pertama perjanjian.
Namun, sekalipun gencatan senjata dilaksanakan, tentera Israel terus melancarkan serangan terhadap rakyat Palestin di Gaza atas pelbagai alasan.
Sementara itu, utusan khas Timur Tengah Trump Steve Witkoff, mengumumkan pada 14 Jan yang fasa kedua pelan Gaza 20 perkara sudah bermula dan satu Jawatankuasa Pentadbiran Nasional Gaza yang dianggotai teknokrat Palestin dibentuk di bawah kepimpinan Ali Shath bagi mentadbir wilayah berkenaan.
Pembukaan semula pintu sempadan Rafah di sempadan Mesir-Gaza yang ditutup dan berada di bawah kawalan Israel sejak Mei 2024 serta membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza dalam kuantiti yang dipersetujui, turut termasuk dalam komitmen fasa pertama perjanjian.
Menurut penyiar rasmi Israel, KAN, pintu sempadan Rafah dijangka dibuka semula bagi pergerakan dua hala pada 1 Feb.
-- BERNAMA