DUNIA

Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox

Bernama 02/02/2026 | 07:47 MYT
Pihak berkuasa Mesir menyekat platform permainan dalam talian Roblox atas kebimbangan kandungan yang dipercayai mempromosikan tingkah laku berbahaya dalam kalangan kanak-kanak. -Gambar fail/Reuters
ISTANBUL: Pihak berkuasa Mesir telah menyekat secara rasmi platform permainan dalam talian Roblox, atas kebimbangan terhadap kandungan yang didakwa mempromosikan tingkah laku berbahaya dalam kalangan kanak-kanak, lapor Anadolu Ajansi yang memetik akhbar tempatan.


Ringkasan AI
  • Pihak berkuasa Mesir menyekat platform permainan dalam talian Roblox atas kebimbangan kandungan yang dipercayai mempromosikan tingkah laku berbahaya di kalangan kanak-kanak.
  • Majlis Tertinggi Kawal Selia Media menyarankan tindakan menyekat laman sesawang yang mempromosikan tingkah laku menyimpang serta platform permainan elektronik yang menggalakkan keganasan.
  • Mesir menyusuli negara-negara lain seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, dan lain-lain yang telah mengenakan sekatan terhadap Roblox disebabkan risiko berpotensi kepada kanak-kanak.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Timbalan Ketua Majlis Tertinggi Kawal Selia Media, Essam al-Amir berkata keputusan telah dikeluarkan untuk menyekat permainan elektronik popular itu, yang dikenali secara meluas dalam kalangan pengguna muda sebagai Roblox.

Beliau berkata demikian semasa sesi Dewan Senat yang diadakan bagi membincangkan risiko berkaitan penggunaan telefon bimbit dan aplikasi digital oleh kanak-kanak, menurut akhbar Youm7.

Majlis itu telah mengesyorkan tindakan diambil untuk menyekat laman sesawang yang mempromosikan "tingkah laku menyimpang atau memudahkan penyebarannya," serta platform yang menyiarkan permainan elektronik yang menggalakkan keganasan, kata al-Amir.

Beliau berkata majlis itu sedang menyelaraskan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Kawal Selia Telekomunikasi Kebangsaan untuk melaksanakan langkah teknikal yang diperlukan bagi menguatkuasakan larangan berkenaan.

Langkah yang diambil oleh Mesir itu menyusuli tindakan serupa di rantau berkenaan. Pada September dan Ogos 2025, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Qatar dan Oman telah mengenakan sekatan terhadap Roblox selepas amaran mengenai risiko berpotensi kepada kanak-kanak.

Di peringkat antarabangsa, Roblox telah menghadapi penelitian yang semakin meningkat. Pada Ogos 2025, negeri Louisiana di Amerika Syarikat telah memfailkan saman terhadap Roblox, dengan menuduh syarikat itu memudah cara eksploitasi kanak-kanak.

Menurut laporan BBC, Roblox menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai "palsu".

Roblox merupakan platform permainan interaktif percuma yang dicipta hampir dua dekad lepas dan menjadi sangat popular dalam kalangan kanak-kanak serta remaja di seluruh dunia.

-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa Mesir terhadap platform permainan Roblox?
    A: Pihak berkuasa Mesir telah menyekat secara rasmi platform permainan dalam talian Roblox atas kebimbangan terhadap kandungan yang didakwa mempromosikan tingkah laku berbahaya dalam kalangan kanak-kanak.
  • Q: Apa yang disebutkan oleh Timbalan Ketua Majlis Tertinggi Kawal Selia Media berkaitan dengan keputusan menyekat Roblox?
    A: Timbalan Ketua Majlis Tertinggi Kawal Selia Media, Essam al-Amir, menyatakan bahawa keputusan menyekat Roblox telah dikeluarkan kerana platform tersebut dianggap mempromosikan tingkah laku menyimpang atau memudahkan penyebarannya.
  • Q: Apa yang dilakukan oleh Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar dan Oman berkaitan dengan Roblox?
    A: Pada September dan Ogos 2025, negara-negara seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar dan Oman telah mengenakan sekatan terhadap Roblox selepas amaran mengenai risiko berpotensi kepada kanak-kanak.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh negeri Louisiana di Amerika Syarikat terhadap Roblox?
    A: Pada Ogos 2025, negeri Louisiana di Amerika Syarikat telah memfailkan saman terhadap Roblox, dengan menuduh syarikat itu memudahkan cara eksploitasi kanak-kanak, walaupun Roblox menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai "palsu".
  • Q: Apakah pengaruh Roblox dalam kalangan kanak-kanak serta remaja di seluruh dunia?
    A: Roblox merupakan platform permainan interaktif percuma yang telah menjadi sangat popular dalam kalangan kanak-kanak serta remaja di seluruh dunia sejak hampir dua dekad lalu.



#Mesir #roblox #tingkah laku berbahaya #Kanak-kanak