[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
INTERNATIONAL

Mesir seru EU sertai usaha laksana pelan pemulihan semula Gaza

Bernama 24/03/2025 | 08:00 MYT
Mesir menggesa EU turut serta dalam pelaksanaan pelan pemulihan semula Gaza yang digerakkan oleh negara-negara Arab. - Gambar fail/ Reuters
KAHERAH: Mesir menggesa Kesatuan Eropah (EU) agar turut serta dalam pelaksanaan pelan pemulihan semula Gaza yang digerakkan oleh negara-negara Arab serta menghadiri persidangan pemulihan Gaza yang akan dianjurkan oleh Mesir, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Gesaan itu disampaikan dalam pertemuan di Kaherah pada Ahad antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdel Aati dan Wakil Tinggi EU bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan, Kaja Kallas.
Kementerian dalam satu kenyataan berkata mesyuarat itu meliputi perkembangan terkini serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama, termasuk situasi di Gaza.
Abdel Aati menegaskan kepentingan memperkukuh perjanjian gencatan senjata serta berusaha membendung ketegangan berterusan yang dicetuskan oleh Israel.
Kedua-dua pihak juga bertukar pandangan mengenai perkembangan di Afrika, keselamatan Laut Merah dan isu keselamatan air Mesir.
-- BERNAMA
#Mesir #EU #pembangunan semula #Arab