awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir, AS setuju untuk giatkan usaha capai perjanjian gencatan senjata di Gaza

Bernama
Bernama
10/06/2024
15:52 MYT
Mesir, AS setuju untuk giatkan usaha capai perjanjian gencatan senjata di Gaza
Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken pada Isnin bersetuju untuk mempergiatkan usaha mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza. - Foto AP/Amr Nabil, Pool
ISTANBUL: Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken pada Isnin bersetuju untuk mempergiatkan usaha mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Blinken bertemu dengan pemimpin Mesir itu di Kaherah semasa persinggahan pertamanya dalam lawatan serantau yang juga akan membawanya ke Jordan dan Qatar, lawatan kelapannya ke Timur Tengah sejak 7 Okt, 2023.
Kedua-dua pihak meninjau perkembangan terkini usaha bersama mereka untuk mencapai gencatan senjata di Gaza dan perjanjian pertukaran tahanan, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Presiden Mesir.
Mereka juga membincangkan usaha Mesir untuk menyediakan akses bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, kata kenyataan itu.
Blinken, bagi pihaknya menyampaikan penghargaan pentadbiran AS terhadap usaha berterusan Mesir di peringkat politik dan kemanusiaan, serta koordinasi dua hala untuk mengembalikan keamanan dan keselamatan di rantau ini.
Israel telah menghadapi kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejam berterusan ke atas Gaza sejak 7 Okt walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata segera.
Lebih daripada 37,100 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza, kebanyakan mereka wanita dan kanak-kanak dan hampir 84,700 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Israel dituduh melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang mana keputusan terbaharunya memerintahkan Tel Aviv segera menghentikan operasinya di bandar selatan Rafah, di mana lebih sejuta rakyat Palestin mencari perlindungan sebelum ia diserang pada 6 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesir
#Amerika Syarikat
#gencatan senjata
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan