awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir tolak pengusiran rakyat Palestin, beri amaran terhadap kebisuan dunia

Bernama
Bernama
06/04/2025
03:00 MYT
Mesir tolak pengusiran rakyat Palestin, beri amaran terhadap kebisuan dunia
Abdelatty (gambar) sekali lagi menyatakan penolakan Mesir terhadap usaha Israel untuk melemahkan perpaduan wilayah Palestin dan memisahkan Semenanjung Gaza daripada Tebing Barat. - REUTERS
KAHERAH: Mesir pada Sabtu sekali lagi menegaskan pendiriannya menolak sebarang cubaan mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka, sambil memberi amaran terhadap akibat perbuatan masyarakat antarabangsa yang membisu dengan perkembangan yang sedang berlaku di wilayah Palestin yang diduduki, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Perkara itu disuarakan dalam pertemuan Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty bersama delegasi daripada Pergerakan Fatah Palestin, ketika mereka membincangkan situasi semasa di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat susulan peningkatan ketara tindakan ketenteraan oleh Israel.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Mesir menegaskan bahawa Abdelatty sekali lagi menyatakan penolakan Mesir terhadap usaha Israel untuk melemahkan perpaduan wilayah Palestin dan memisahkan Semenanjung Gaza daripada Tebing Barat.
Mesir turut mengecam pencerobohan berterusan Israel terhadap Gaza dan Tebing Barat, dasar agresif yang diamalkan di rantau itu serta penggunaan kekuatan ketenteraan secara tidak seimbang yang jelas bercanggah dengan prinsip asas undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Abdelatty turut menegaskan penolakan Mesir terhadap tindakan keterlaluan yang berterusan oleh pihak penjajah Israel terhadap orang awam serta sikapnya yang bertindak seolah-olah berada di atas undang-undang.
Jika Israel terus mengamalkan pendekatan sedemikian, ia akan meletakkan lebih banyak halangan terhadap usaha kewujudan bersama secara aman dalam kalangan rakyat di rantau ini, sekali gus memberi kesan buruk terhadap keselamatan, kestabilan dan peluang untuk mencapai keamanan yang berkekalan.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Abdelatty membincangkan pelan pembinaan semula Semenanjung Gaza oleh negara-negara Arab dan Islam, serta menekankan keperluan mendesak untuk memperkukuh perpaduan Palestin dan peranan penting pihak berkuasa nasional Palestin dalam merealisasikan aspirasi rakyat Palestin.
Ini termasuk usaha mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap isu Palestin menerusi penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan 4 Jun 1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#usir rakyat Palestin
#Badr Abdelatty
#Mesir
#Pergerakan Fatah Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan