DUNIA

Mesir umum penemuan gas asli terbaharu di Gurun Barat

Bernama 09/11/2025 | 07:16 MYT
Kementerian itu menjelaskan bahawa penemuan berkenaan dijangka menambah kira-kira 15 bilion kaki padu gas kepada rizab negara. - Gambar hiasan/ Reuters
KAHERAH: Kementerian Petroleum dan Sumber Mineral Mesir mengumumkan penemuan baharu gas asli di kawasan Badr-15 di Gurun Barat negara itu.

Menurut Agensi Berita Emiriah (WAM), tapak pengeluaran itu segera dimasukkan ke dalam peta pengeluaran dengan kapasiti sebanyak 16 juta kaki padu gas sehari.

Kementerian itu menjelaskan bahawa penemuan berkenaan dijangka menambah kira-kira 15 bilion kaki padu gas kepada rizab negara, yang diperoleh daripada takungan Lower Bahariya.

-- BERNAMA


#Mesir #gas asli #Gurun Barat