DUNIA

Mesir umum pengeluaran minyak baharu dari medan Teluk Suez

Bernama 21/01/2026 | 04:00 MYT
Kementerian Petroleum dan Sumber Mineral Mesir berkata, Al-Wasl-4 merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan syarikat bagi 2026.
KAHERAH: Kementerian Petroleum dan Sumber Mineral Mesir mengumumkan permulaan pengeluaran daripada telaga pembangunan baharu di medan Safa Utara, Teluk Suez, yang dikendalikan oleh Gulf of Suez Petroleum Company (GUPCO), menurut Agensi Berita Emiriah (WAM).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, kementerian berkata telaga Al-Wasl-4 telah mula menghasilkan kira-kira 2,250 tong minyak mentah sehari dan sekitar 1.3 juta kaki padu gas sehari, sekali gus meningkatkan jumlah pengeluaran syarikat kepada kira-kira 65,000 tong minyak mentah setiap hari.

Kementerian memaklumkan bahawa Al-Wasl-4 merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan syarikat bagi 2026.

Medan Safa Utara, antara penemuan paling signifikan di Teluk Suez, mula beroperasi pada 2024 dan sedang melalui pembangunan lanjut, termasuk pemasangan platform pengeluaran luar pesisir dan pelaksanaan program suntikan air pada tiga telaga untuk meningkatkan pengeluaran dan bersedia bagi fasa kedua pembangunan medan tersebut.


-- BERNAMA


#Mesir #minyak #Teluk Suez #GUPCO #Al-Wasl-4