awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka kematian tanah runtuh di Bandung Barat meningkat kepada 53 orang
India pantau situasi virus Nipah selepas wabak berjaya dikekang
SPRM, PDRM perkukuh kerjasama strategik untuk pastikan ketelusan, akauntabiliti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir-Perancis bincang gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza

Bernama
Bernama
30/04/2024
23:00 MYT
Mesir-Perancis bincang gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza
Pertemuan antara Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry (dua, kiri) dan Menteri Luar Perancis Stephane Segournet (dua, kanan), diadakan di luar Forum Ekonomi Sedunia di Riyadh pada 29 Apr 2024. - Foto Kementerian Luar Mesir
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry dan rakan sejawatnya dari Perancis Stephane Segournet, sepakat untuk menangani perkara penting di Timur Tengah dengan tumpuan utama kepada konflik yang semakin memuncak di Semenanjung Gaza.
Kedua-dua menteri menekankan keperluan segera untuk gencatan senjata dan membincangkan beberapa inisiatif yang bertujuan menyelesaikan krisis tersebut.
Ini termasuk cadangan untuk menukar tahanan dan tebusan, serta meningkatkan aliran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, menurut kenyataan kedutaan Mesir di sini yang memetik Pengarah Jabatan Diplomasi Awam di Kementerian Luar Mesir, Ahmed Abu Zeid.
Pertemuan itu diadakan di luar Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh pada Isnin (29 April) juga menyentuh ketegangan berkaitan di Tebing Barat, Lubnan dan Laut Merah.
Semasa perbincangan itu, Shoukry dan Segournet turut menekankan keperluan untuk melaksanakan penyelesaian dua negara sebagai pendekatan asas untuk mencapai keamanan yang berkekalan di rantau itu.
Mereka mengulangi komitmen mereka untuk mengiktiraf negara Palestin, melihat ia sebagai langkah kritikal ke arah memupuk keamanan.
Segournet memuji peranan penting Mesir dalam memudahkan penyaluran bantuan kemanusiaan walaupun menghadapi halangan, menonjolkan kerjasama yang berjaya antara kedua-dua negara dalam usaha itu.
Kedua-dua menteri menyatakan komitmen mereka untuk menenangkan usaha dan mencegah konflik baharu di kawasan itu.
Mesyuarat peringkat tinggi itu juga berfungsi sebagai platform untuk membincangkan hubungan dua hala yang lebih luas antara Mesir dan Perancis, dengan kedua-dua menteri memuji hubungan mendalam yang menghubungkan negara mereka.
Kedua-dua menteri melahirkan keyakinan mengenai masa depan perkongsian strategik mereka, menekankan kepentingan dialog dan kerjasama berterusan dalam menangani cabaran serantau dan antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#bantuan kemanusiaan
#Palestin
#Mesir-Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan