KUALA LUMPUR: Kemampuan ASEAN untuk memberi tekanan kepada junta tentera Myanmar bagi meredakan krisis di negara itu diragui, memandangkan terdapatnya perbezaan persepsi dalam kalangan negara anggota.
Pensyarah Ekonomi Politik Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Fajar Ikhsan berpendapat, sejarah sudah membuktikan kritikan dan gesaan semata-mata tidak mampu membawa implikasi besar dalam krisis tidak liberal seumpama ini.
"Kekuatan suara antarabangsa pun belum mampu beri kesan, apalagi ASEAN yang berbeza pandangan dan persepsi. Vietnam, Laos, Kemboja dan Filipina mengatakan ini isu domestik tetapi Malaysia, Indonesia, sebahagian Singapura dan Brunei melihat ini isu regional.
"Ini mengundang satu permasalahan dalaman dan saya agak pesimis terhadap kemampuan ASEAN untuk beri tekanan.
"Sebelum ini pada tahun 2003, 2005 dan 2009 isu illiberal pernah dibawa dalam kerangka ASEAN tetapi sehingga hari ini, kita belum lihat ada kesan jangka panjang," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, hari ini.
Namun begitu, beliau melihat kesediaan pemimpin junta Myanmar menyertai sesi dialog Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN kali ini, sebagai satu rasionalisasi positif bukan sahaja di pihak Myanmar tetapi juga negara-negara anggota ASEAN sendiri.
"Malaysia masih lagi menggambarkan Myanmar dikawal pemerintah demokratik dan Aung San Suu Kyi masih disebut sebagai penasihat dan sebagainya. Ini label yang digunakan Malaysia tetapi kita boleh melihat kehadiran pemimpin junta Myanmar itu sebagai satu yang baik.
"Seolah-olah masih ada harapan untuk ajak mereka berunding. Ini cara alternatif berbanding menggunakan kekerasan.
"Ini tahap pertama daripada sequence yang mungkin masih panjang di hadapan, maklumat apa yang kita boleh dapat daripada mereka. Mungkin mereka akan tolak dan tetap mengambil tindakan unilateral tetapi sekurang-kurangnya kita sudah ada posisi untuk melakukan apa yang sesusai di masa hadapan," tambahnya.
Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN di Jakarta dijangka membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan keamanan, keselamatan dan kemakmuran serantau termasuk perkembangan situasi di Myanmar.
Selain Malaysia yang diwakili Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, turut hadir ialah Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh, Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Presiden Indonesia Joko Widodo.
Manakala Thailand, Laos dan Filipina diwakili Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan.
Myanmar pula diwakili Jeneral Kanan Min Aung Hlaing.
Madiha Abdullah
Sat Apr 24 2021
Jeneral Kanan Min Aung Hlaing akan turut serta dalam Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN di Jakarta. - Reuters
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Myanmar mungkin hadapi pilihan raya 2025
Suruhanjaya Pilihan Raya junta pada Selasa pula tidak memberikan tarikh khusus bila pilihan raya itu akan diadakan.
Myanmar lanjutkan tempoh perjanjian gencatan senjata sehingga hujung 2023
Perjanjian berkenaan dilanjutkan untuk meningkatkan proses damai di Myanmar.
Wartawan AS Danny Fenster dibebaskan dari penjara di Myanmar
Wartawan Amerika Syarikat (AS) Danny Fenster yang dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dengan kerja paksa di Myanmar, dibebaskan dari penjara.
Malaysia tegas tidak mahu Jeneral Myanmar hadir sidang kemuncak ASEAN - Saifuddin
Perkara itu tidak akan dikompromi jika tiada kemajuan dalam lima konsensus utama yang dicapai pada April lalu.
Pemimpin junta dedah mahu kerajaan awam memimpin Myanmar
Peralihan ini menurut beliau disasarkan akan dicapai dalam tempoh setahun.
Jeneral Myanmar setuju cadangan ASEAN bantu selesai krisis
Jeneral Kanan Min Aung Hlaing bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan Malaysia dan negara ASEAN lain untuk menyelesaikan krisis di Myanmar.
Mesyuarat Khas ASEAN: Ada sisi positif kehadiran pemimpin junta Myanmar - Penganalisis
Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN di Jakarta dijangka membincangkan pelbagai isu termasuk perkembangan situasi di Myanmar.
Junta tentera Myanmar pertahan rampasan kuasa
Pemimpin junta tentera Myanmar mempertahankan rampasan kuasa yang berlaku di negara itu.
Laporan Rohingya: Enam jeneral perlu disiasat - PBB
Mereka termasuk Ketua Panglima, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing.