DUNIA
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pentadbiran Gaza bermula di Kaherah
Fasa kedua memberi tumpuan kepada rangka kerja Majlis Keamanan yang menggabungkan sebuah jawatankuasa teknokratik Palestin dengan pasukan penstabilan antarabangsa bagi menguruskan peralihan pentadbiran Gaza. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pentadbiran Gaza bermula pada Jumaat di Kaherah, lapor Anadolu Ajansi dengan memetik laporan media Mesir.
Ringkasan AI
Saluran Qahera News TV melaporkan yang sesi awal Jawatankuasa Nasional Palestin yang ditugaskan menguruskan isu Semenanjung Gaza bersidang di ibu negara Mesir itu, dengan tumpuan kepada usaha bantuan kemanusiaan dan pelan pembinaan semula pascaperang.
Sumber tempatan serta media Palestin, serantau dan antarabangsa melaporkan yang sebuah jawatankuasa teknokratik dibentuk baru-baru ini dan senarai ahli Palestinnya telah dinamakan.
Perkembangan itu menyusuli pengumuman oleh utusan khas Amerika Syarikat (AS) ke Asia Barat Steve Witkoff, mengenai permulaan fasa kedua pelan AS bagi Gaza serta hasil perbincangan antara puak Palestin yang diadakan di Kaherah pada Rabu, menurut saluran itu.
Fasa kedua memberi tumpuan kepada rangka kerja Majlis Keamanan yang menggabungkan sebuah jawatankuasa teknokratik Palestin dengan pasukan penstabilan antarabangsa bagi menguruskan peralihan pentadbiran Gaza.
Di bawah pengaturan itu, badan teknokratik akan mengendalikan pentadbiran awam dan perkhidmatan asas ketika tentera Israel berundur dari wilayah itu manakala pasukan antarabangsa akan menyediakan keselamatan dan kestabilan secara sementara.
Struktur itu dilaporkan akan beroperasi di bawah seliaan Majlis Keamanan yang diketuai Presiden AS Donald Trump, serta disokong oleh resolusi yang diterima pakai oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
--BERNAMA-ANADOLU
Ringkasan AI
- Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pentadbiran Gaza bermula di Kaherah, dengan fokus kepada bantuan kemanusiaan dan pembinaan semula pasca-perang.
- Jawatankuasa teknokratik Palestin telah dibentuk dengan senarai ahli Palestin yang ditetapkan baru-baru ini, mengikuti pengumuman fasa kedua pelan Amerika Syarikat bagi Gaza.
- Badan teknokratik yang akan mengendalikan pentadbiran Gaza akan beroperasi di bawah seliaan Majlis Keamanan yang diketuai oleh Presiden AS Donald Trump dan disokong oleh resolusi PBB.