Skip to main content

Dunia

Met Office keluar amaran jingga cuaca panas 46 jam di UK

extreme heat in London sun and Big Ben
Amaran itu berkuat kuasa bermula jam 1 pagi Isnin hingga penghujung hari Selasa susulan gelombang haba yang dijangka mendorong suhu mencecah 35 darjah Celsius. -Gambar fail/Adobe Stock Photo
Advertisement

LONDON: Pejabat Meteorologi United Kingdom (Met Office) mengeluarkan amaran jingga cuaca panas melampau selama 46 jam melibatkan selatan England serta sebahagian selatan Wales.

Amaran itu berkuat kuasa bermula jam 1 pagi Isnin hingga penghujung hari Selasa susulan gelombang haba yang dijangka mendorong suhu mencecah 35 darjah Celsius.

Pihak berkuasa memberi amaran fenomena tersebut berpotensi memberi kesan meluas terhadap kesihatan orang awam serta infrastruktur utama.

Antara gangguan yang dijangka termasuk kelewatan pengangkutan darat, perkhidmatan kereta api dan penerbangan, selain kemungkinan gangguan bekalan elektrik setempat.

“Gelombang haba ini dijangka memuncak pada Isnin dan Selasa, sekali gus memberi kesan langsung kepada kesihatan serta kesejahteraan penduduk,” menurut kenyataan Met Office.

Dalam perkembangan sama, Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) turut mengaktifkan Amaran Kesihatan Haba (HHA) tahap jingga bagi kawasan selatan dan timur England.

Agensi itu memberi amaran bahawa suhu tinggi yang berterusan, termasuk pada waktu malam, boleh meningkatkan risiko kesihatan khususnya kepada golongan rentan seperti warga emas dan pesakit kronik.

Sementara itu, pihak RNLI menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika berkunjung ke kawasan air berikutan risiko kejutan air sejuk akibat perbezaan suhu antara udara dan air.

Must Watch Video

Advertisement