[TERKINI] Kes Zara Qairina: JSJ Sahkan Pegawai Penyiasat Tidak Patuh SOP, Gagal Mohon Bedah Siasat – Ikuti Perkembangan Di Sini
INTERNATIONAL

Meta berhentikan 500 pekerja di Ireland

Bernama 25/05/2023 | 09:00 MYT
Gergasi teknologi AS telah memaklumkan kerajaan di Dublin tentang pemberhentian itu. -Gambar fail/Reuters
LONDON: Syarikat induk Facebook, Meta memberhentikan hampir 500 pekerja di pejabatnya di Dublin, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan RTE penyiar awam Ireland pada Khamis.

Gergasi teknologi AS telah memaklumkan kerajaan di Dublin tentang pemberhentian itu.

Kira-kira 2,500 orang berkhidmat untuk Meta di Dublin, di mana syarikat itu mempunyai pangkalan perniagaan di luar Amerika Syarikat dan Kanada.

Pemberhentian itu adalah sebahagian daripada "downsizing" yang diarahkan ketua pegawai eksekutif Meta Mark Zuckerberg pada Mac.

-- BERNAMA
#Meta #berhentikan pekerja #Mark Zuckerberg #Facebook