DUNIA
Meta gesa Australia kaji semula larangan media sosial untuk remaja bawah 16 tahun
Meta menggesa kerajaan Australia menilai semula larangan penggunaan media sosial untuk individu bawah 16 tahun, sambil melaporkan telah menyekat lebih 544,000 akaun sejak undang-undang baharu berkuat kuasa. - Gambar hiasan
SYDNEY: Gergasi teknologi Meta menggesa kerajaan Australia menilai semula larangan penggunaan media sosial untuk individu bawah 16 tahun, sambil melaporkan telah menyekat lebih 544,000 akaun sejak undang-undang baharu berkuat kuasa.
Australia mewajibkan platform besar termasuk Meta, TikTok dan YouTube menghentikan akses akaun bagi pengguna bawah umur sejak 10 Disember lalu.
Syarikat yang gagal mengambil langkah munasabah boleh dikenakan denda sehingga A$49.5 juta (AS$33 juta).
Meta memaklumkan, telah menutup 331,000 akaun Instagram, 173,000 akaun Facebook dan 40,000 akaun Threads dalam tempoh seminggu sehingga 11 Disember.
Meta mahu pendekatan lebih konstruktif
Dalam kenyataannya, Meta menegaskan komitmen mematuhi undang-undang tetapi menggesa kerajaan Australia mencari pendekatan lebih baik.
“Kami menyeru kerajaan bekerjasama dengan industri untuk meningkatkan standard keselamatan dan privasi dalam pengalaman digital yang sesuai umur, berbanding larangan menyeluruh,” kata syarikat itu.
Meta turut mengulangi cadangan supaya kedai aplikasi diwajibkan mengesahkan umur pengguna dan mendapatkan kelulusan ibu bapa sebelum muat turun aplikasi, bagi mengelak remaja berpindah ke platform baharu yang kurang dikawal.
Menurut Meta, ibu bapa dan pakar bimbang larangan ini akan mengasingkan remaja daripada komuniti dalam talian, mendorong mereka ke aplikasi tidak terkawal atau sudut gelap internet.
Meta berhujah, kesan awal undang-undang menunjukkan ia tidak mencapai objektif meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan remaja Australia.
Dalam masa sama, Meta mengakui, proses pematuhan akan melibatkan pelbagai lapisan kerana tiada standard industri untuk pengesahan umur.
Sejak larangan berkuat kuasa, syarikat itu membantu menubuhkan OpenAge Initiative, sebuah kumpulan bukan untung yang melancarkan alat verifikasi umur dikenali sebagai AgeKeys untuk digunakan bersama platform yang mengambil bahagian. - Agensi