awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meta perlihat cermin mata pintar Aria Gen 2

Amanz
Amanz
28/02/2025
05:50 MYT
Meta perlihat cermin mata pintar Aria Gen 2
Aria Gen 2 dilengkapi kamera RGB, kamera 6-DOF SLAM, kamera menjejak pergerakan mata, GPS, barometer, magnetometer dan mikrofon spatial. -Amanz
LIMA tahun lalu Project Aria diumumkan dengan cermin mata pintar prototaip ini menjadi asas kepada Ray-Ban Meta yang terjual lebih sejuta unit tahun lalu.

Ringkasan AI
  • Lima tahun lalu, Project Aria diumumkan dan menjadi asas kepada Ray-Ban Meta yang terjual lebih sejuta unit tahun lalu.
  • Aria Gen 2 dilengkapi dengan pelbagai sensor seperti kamera RGB, kamera 6-DOF SLAM, kamera menjejak pergerakan mata, GPS, barometer, magnetometer, dan mikrofon spatial, serta sensor mengesan nadi pada pelapik hidung.
  • Aria Gen 2 digunakan sebagai alat bantuan penglihatan untuk golongan OKU dan untuk melatih robot menganalisis pergerakan manusia.
  • Meta akan menawarkan kit pembangun Aria Gen 2 kepada rakan perniagaan dalam masa beberapa bulan lagi.

Hari ini Meta memperlihatkan pula Aria Gen 2 yang pastinya akan menjadi asas kepada Ray-Ban Meta generasi seterusnya.
Aria Gen 2 dilengkapi kamera RGB, kamera 6-DOF SLAM, kamera menjejak pergerakan mata, GPS, barometer, magnetometer dan mikrofon spatial.
Apabila kesemua sensor baharu ini dipadankan dengan Meta AI, Aria Gen 2 akan dapat memahami apa yang dipandang oleh pengguna dengan lebih baik.
View this post on Instagram
A post shared by Dilmer Valecillos (@dilmerv)
Selain itu pada bahagian pelapik hidung terdapat sensor mengesan nadi supaya kesihatan pemakai boleh dijejak.
Mikrofon juga dipertingkatkan dengan ia boleh membezakan suara pemakai dengan orang sekeliling.
Sistem speaker telinga terbuka juga menerima penambahbaikan bagi menawarkan pengalaman audio yang lebih baik.
Dalam beberapa kajian yang dilakukan dengan Aria Gen 2, ia telah digunakan sebagai alat bantuan penglihatan untuk golongan OKU. Ia juga digunakan untuk melatih robot yang menganalisis pergerakan manusia.
Meta akan menawarkan kit pembangun Air Gen 2 kepada rakan perniagaan dalam masa beberapa bulan lagi.
Penyelidik yang berminat pula boleh menyatakan minat mereka dengan Meta. -Amanz
Topic Berkaitan
#Meta
#Ray-Ban Meta
#Aria Gen 2
#alat bantuan penglihatan OKU
#kit pembangun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan