DUNIA
  
            Mexico catat lebih 100 kematian berkaitan haba
Mexico Utara mengalami suhu panas terik. Pekan Aconchi, di negeri Sonora, menyaksikan suhu mencecah 49 darjah Celsius pada Isnin. - Gambar Sinar Harian
            
      MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 104 orang meninggal dunia berkaitan haba di Mexico sejak pertengahan Jun, kebanyakannya disebabkan oleh strok haba dan dehidrasi, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa kesihatan.
Mexico Utara mengalami suhu panas terik. Pekan Aconchi, di negeri Sonora, menyaksikan suhu mencecah 49 darjah Celsius pada Isnin.
Di negeri utara Nuevo Leon, 64 orang meninggal dunia sejak pertengahan Jun akibat panas melampau, kata kementerian kesihatan.
-- BERNAMA