DUNIA
Mexico kecam AS kerana serbuan imigresen
Sheinbaum menyatakan kesedihan atas layanan seperti penjenayah terhadap migran di AS dan menekankan inisiatif kerajaan beliau dalam menyokong rakyat Mexico yang tinggal di sana. - Reuters
MEXICO CITY: Presiden Mexico Claudia Sheinbaum pada Rabu mengecam serbuan imigresen yang dijalankan oleh Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) dengan memaklumkan yang satu nota diplomatik dihantar ke Washington untuk meminta siasatan terhadap kematian dua rakyat Mexico baru-baru ini, lapor Xinhua.
"Semalam, satu nota diplomatik dihantar berkaitan kes ini, meminta agar semua siasatan dijalankan, dan jika ada sesiapa yang bertanggungjawab atas pelanggaran hak asasi manusia, mereka perlu dihukum," kata presiden pada sidang media hariannya.
Migran Mexico Ismael Ayala-Uribe dan Silverio Villegas Gonzalez meninggal dunia selepas serangan dan penahanan oleh ICE di Amerika Syarikat (AS).
Sheinbaum menyatakan kesedihan atas layanan seperti penjenayah terhadap migran di AS dan menekankan inisiatif kerajaan beliau dalam menyokong rakyat Mexico yang tinggal di sana, termasuk penubuhan talian kecemasan serta pengukuhan perkhidmatan yang menawarkan nasihat teknikal dan undang-undang.
Dasar agresif antiimigran Washington bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat Mexico tetapi juga kepada ekonomi AS, menyebabkan pemilik perniagaan dalam sektor pertanian dan perkhidmatan melaporkan masalah kerana mereka tidak dapat mengambil pekerja, kata Sheinbaum.
Presiden mengulangi yang rakyat Mexico yang tinggal di AS, iaitu generasi pertama, kedua, ketiga, atau keempat, memberi sumbangan besar kepada ekonomi AS dan mereka juga menyumbang kepada ekonomi Mexico melalui wang kiriman yang dihantar pulang.
"Kami menentang layanan sebegini dan serangan yang dilakukan yang menyebabkan ketakutan dan keresahan," kata beliau.
- BERNAMA-XINHUA