awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mexico siap sedia hadapi letusan gunung berapi Popocatepetl

Bernama
Bernama
23/05/2023
07:35 MYT
Mexico siap sedia hadapi letusan gunung berapi Popocatepetl
Kerajaan Mexico mengumumkan beberapa langkah pencegahan selepas gunung berapi Popocatepetl mula mengeluarkan asap dan abu pada hujung minggu. -Gambar fail/Reuters
BANDARAYA MEXICO: Kerajaan Mexico pada Isnin mengumumkan beberapa langkah pencegahan selepas gunung berapi Popocatepetl mula mengeluarkan asap dan abu pada hujung minggu.
Antara langkah pencegahan yang diumumkan itu, termasuk penyediaan tempat perlindungan dan penempatan tentera, anggota keselamatan awam dan pasukan yang akan menguruskan pemindahan penduduk apabila keadaan memerlukan.
Setakat ini, Pusat Pencegahan Bencana Kebangsaan mengeluarkan amaran peringkat kuning Fasa 3, lapor Agensi Anadolu.
Gunung berapi Popocatepetl terletak di sempadan negeri Mexico, Puebla dan Morelos.
Setakat Ahad, sebanyak 573 letusan gunung berapi Popocatepetl telah direkodkan, 70 peratus daripadanya letusan kecil.
Bagaimanapun, keadaan itu menyebabkan dua lapangan terbang antarabangsa di Mexico City membatalkan penerbangan untuk hari ketiga berturut-turut. Syarikat penerbangan seperti Aeromexico mengumumkan pembatalan 46 penerbangan pada Isnin.
Pihak berkuasa pendidikan turut mengumumkan beberapa sekolah di Puebla dan Tlaxcala ditutup.
Terdahulu, dalam satu sidang media, Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador, berkata Kementerian Keselamatan dan Perlindungan Rakyat telah membentuk satu suruhanjaya untuk mengawasi kerja-kerja menyediakan tempat perlindungan dan laluan untuk membolehkan penduduk dapat dipindahakn dengan lancar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Popocatepetl
#asap dan abu
#Mexico
#Pusat Pencegahan Bencana Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan