KUALA LUMPUR: Mahkamah Daerah The Hague pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga Ukraine selepas mereka didapati bersalah atas pertuduhan menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014 serta menyebabkan kesemua 298 penumpang dan krunya terbunuh.
Mereka ialah dua warga Rusia iaitu Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta warga Ukraine, Leonid Kharchenko.
Hakim Hendrik Steenhuis yang membacakan ringkasan penghakiman turut memerintahkan ketiga-tiga lelaki itu membayar pampasan lebih 16 juta Euro kepada ahli keluarga mangsa.
Beliau berkata peluru berpandu Buk TELAR dibawa ke Ukraine atas inisiatif Dubinsky, selaku pegawai memerintah dalam Republik Rakyat Donetsk (DPR) dan merupakan pegawai memerintah dalam DPR.
"Beliau secara langsung bertanggungjawab mengatur dan mengarahkan pengangkutan Buk TELAR ke dan dari tapak pelancaran. Berhubung cara ia diangkut, tertuduh Kharchenko mempunyai peranan langsung dan aktif sebagai komander eksekutif, yang menyediakan dan mengatur penempatan Buk TELAR.
"Kharchenko juga memastikan Buk TELAR dikawal dan dilindungi di tapak pelancaran," katanya.
Hakim itu seterusnya berkata peranan aktif yang dimainkan oleh tertuduh adalah penting apabila menembak peluru berpandu Buk, sehingga Dubinsky dan Kharchenko telah bekerja sama dan sebagai pelaku dengan kru Buk TELAR telah menembak jatuh pesawat MH17.
Beliau berkata Girkin merupakan pemimpin tertinggi tentera DPR dari segi operasi dan oleh itu memikul tanggungjawab (akhir) untuk penempatan sumber ketenteraan dalam dan DPR.
Beliau berkata pesawat MH17 yang ditembak jatuh menyebabkan kemusnahan teruk dan meragut nyawa 298 orang dengan memberikan kesan serius yang tidak dijangka kepada keluarga.
"Mahkamah menyifatkan sikap dan perilaku Kharchenko, Dubinskiy dan Girkin, yang hanya menjawab pertuduhan dari jauh, sebagai tidak menghormati dan menyakiti perasaan waris," katanya.
"Menyebabkan Penerbangan MH17 terhempas dan kematian semua orang yang berada dalam pesawat itu adalah satu pertuduhan serius, akibatnya amat dahsyat dan sikap tertuduh begitu keji sehinggakan tempoh pemenjaraan yang terhad tidak akan mencukupi.
"Ketiga-tiga tertuduh dihukum penjara seumur hidup. Mahkamah memerintahkan agar mereka yang telah disabitkan dengan kesalahan ini ditahan," katanya.
Hakim itu berkata sejumlah 306 tuntutan bagi pampasan telah ditaksir mengikut undang-undang Ukraine.
Beliau berkata pampasan bagi kerosakan moral termasuk dari segi emosi telah dibenarkan yang berjumlah lebih 16 juta euro.
Ketika membebaskan Oleg Pulatov, hakim itu berkata tidak ada keterangan mengenai pembabitan aktif di pihak Pulatov dalam menggerakkan Buk TELAR atau tugasan yang diberikan oleh Dubinskiy kepada Kharchenko.
"Pulatov diketahui tidak berada di sekitar tapak pelancaran atau ketika Buk TELAR menembak peluru berpandu itu.
"Juga tiada sebarang petunjuk bahawa beliau berkemungkinan mengubah apa-apa mengenai perkara ini. Justeru, beliau dibebaskan," katanya.
Terdahulu, menyentuh mengenai keterangan yang dikemukakan, hakim itu berkata mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu Buk yang ditembak dari padang di ladang itu.
"Ini jelas daripada gambar jejak asap di langit, kenyataan seorang saksi yang dilindungi, imej satelit, perbualan telefon yang dipintas dan data tiang penghantaran, gambar dan video mengenai seunit Buk TELAR sedang diangkut dan dipunggah serta penemuan serpihan dalam mayat seorang anggota kru, kekuda dan alur pesawat.
"Siasatan di Belanda dan luar negara tidak mendedahkan sebarang kesan pengubahan bukti," katanya.
Prosiding jenayah terhadap keempat-empat lelaki bermula pada 9 Mac 2020. Bagaimanapun, tiada seorangpun yang hadir pada prosiding itu dan mahkamah memutuskan bahawa mereka dibicarakan secara 'in absentia' di bawah undang-undang Belanda.
Mereka berdepan pertuduhan menyebabkan pesawat itu terhempas sehingga mengorbankan semua penumpang serta kru MH17, yang boleh dihukum mengikut Perkara 168 Kanun Jenayah Belanda, dan bagi pertuduhan membunuh 298 orang yang berada dalam pesawat itu, kesemua tertuduh boleh dihukum mengikut Perkara 289 kanun sama.
Jika sabit kesalahan, mereka berdepan penjara seumur hidup atau 30 tahun tanpa parol atau peluang untuk dibebaskan lebih awal.
Dilaporkan bahawa MH17 telah ditembak jatuh oleh sebutir peluru berpandu BUK ketika terbang melewati kawasan dilanda konflik di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.
Kesemua 298 penumpang serta kru dalam pesawat malang itu, yang terdiri daripada 43 rakyat Malaysia, 193 rakyat Belanda dan 27 rakyat Australia, telah terkorban.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 17 2022
Hakim Hendrik Steenhuis (dua, kiri) bersama barisan para hakim ketika membacakan ringkasan penghakiman kes pertuduhan menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014, di Schiphol Judicial Complex, Badhoevedorp, Belanda. - REUTERS
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Kurung' teman lelaki dalam beg pakaian hingga mati, wanita dipenjara seumur hidup
Kejadian dilaporkan berlaku pada Februari 2020 selepas pasangan itu bermain permainan sorok-sorok dalam keadaan mabuk.
Taikun hartanah Vietnam dipenjara seumur hidup
Mahkamah Vietnam menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas taikun hartanah, Truong My Lan berkaitan kes penipuan kewangan terbesar dalam sejarah negara itu.
Polis Selangor lupus dadah bernilai RM131.71 juta
Polis Selangor hari ini melupuskan 1.99 tan metrik dan 267,711.02 liter pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM131.71 juta yang telah selesai kes mahkamah.
Yusoff Rawther didakwa edar kanabis, berdepan penjara seumur hidup
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
30 remaja Korea Utara dihukum mati, penjara kerana tonton K-drama
50 sehingga 60 remaja berusia sekitar 17 tahun di Korea Utara diketahui menonton drama Korea Selatan.
Edar 100 kg ganja di inap desa, penganggur berdepan tali gantung
Sekiranya hukuman mati tidak dikenakan, tertuduh hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 15 kali.
Bapa Umi Azlim harap dapat jumpa anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir
Umi Azlim bakal dibebaskan pada 2030 selepas hukumannya diringankan dan diganti dengan penjara seumur hidup.
Warga Indonesia bunuh anak, gagal ganti hukuman mati kepada penjara seumur hidup
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan semula hukuman mati oleh seorang lelaki warga Indonesia untuk menggantikan kepada penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh.
Warga emas antara 9 banduan jalani hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Ia selepas hukuman tersebut digantikan kepada penjara seumur hidup selama 30 tahun oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.
Edar dadah: Pemasang jubin dipenjara seumur hidup, 12 sebatan
Seorang pemasang jubin dihukum penjara seumur hidup dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi selepas mengaku bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 1.024 kilogram.