awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: 'Petunjuk meyakinkan' Putin lulus bekalan peluru berpandu ke Ukraine - Penyiasat Belanda

Agensi
Agensi
08/02/2023
12:49 MYT
MH17: 'Petunjuk meyakinkan' Putin lulus bekalan peluru berpandu ke Ukraine - Penyiasat Belanda
Pasukan penyiasat antarabangsa mendakwa mereka mempunyai bukti meyakinkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani keputusan membenarkan sistem peluru berpandu Rusia masuk ke Ukraine. - Gambar fail
AMSTERDAM: Pasukan penyiasat antarabangsa mendakwa mereka mempunyai bukti meyakinkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani keputusan membenarkan sistem peluru berpandu Rusia masuk ke Ukraine.
Menurut pasukan penyiasat, sistem peluru berpandu BUK-TELAR itu telah digunakan untuk menembak jatuh MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.
Maklumat itu diberitahu pasukan pendakwa raya di Belanda pada Rabu selepas memperoleh kenyataan itu daripada pasukan yang menyiasat insiden pesawat MH17.
BACA: Siasatan MH17: Pasukan penyiasat bakal namakan suspek tambahan
Begitupun, mereka berkata bukti itu tidak mencukupi untuk dibawa kepada pihak pendakwaan.
Astro AWANI pada Rabu melaporkan pasukan penyiasat antarabangsa bagi insiden itu dijangka membentangkan hasil siasatan baharu mereka.
Ini termasuk kemungkinan menamakan suspek tambahan dalam kejadian tersebut.
November lalu, mahkamah Belanda mensabitkan dua bekas agen risikan Rusia dan pemimpin pemisah Ukraine atas kesalahan membunuh.
Siasatan MH17 | Pasukan penyiasat antarabangsa bentang hasil siasatan baharu
Mereka didakwa menyebabkan kematian 298 penumpang dan anak kapal dengan menggunakan sistem peluru berpandu milik Rusia.
Ketiga-tiga suspek dibicarakan tanpa kehadiran mereka dan kekal bebas sehingga kini.
Topic Berkaitan
#MH17
#Vladimir Putin
#peluru berpandu
#peluru berpandu BUK-TELAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan