INTERNATIONAL
MH370: Sidang media pendakwa raya Paris berhubung serpihan pesawat
Pandangan udara Pulau Reunion di Perancis di mana serpihan pesawat Boeing 777 ditemui pada 29 Julai. - Foto AFP/Richard Bouhet
Timbalan pendakwa raya Perancis yang terbabit dalam kes kehilangan pesawat MH370 memaklumkan, satu sidang akhbar berkaitan hasil pemeriksaan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di Perancis, akan diadakan pada jam 1800 GMT di Paris (kira-kira 2 pagi Khamis waktu Malaysia).
"Serge Mackowiak, timbalan pendakwa raya Paris, akan membuat sidang media susulan pemeriksaan yang dijalankan baru-baru ini berhubung kehilangan pesawat Boeing MH370," kata pejabat pendakwa raya dalam satu kenyataan.