awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia perkenal khidmat masyarakat, mediasi ganti hukuman penjara
Jalan licin akibat ais ganggu pergerakan kenderaan di Jerman
Selaras seragam sekolah bantu kurangkan beban B40
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Michelle Obama akui alami kemurungan tahap rendah

Agensi
Agensi
07/08/2020
05:40 MYT
Michelle Obama akui alami kemurungan tahap rendah
Menurut Michelle, simptom itu bukan sahaja berkaitan dengan kuarantin, tetapi juga disebabkan ketegangan kaum dan dengan memerhatikan pentadbiran dan hiprokrasi pada setiap hari, ia sangat menyedihkan. - Foto AFP
Bekas wanita pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama mengakui beliau mengalami kemurungan tahap rendah menerusi rakaman The Michelle Obama Podcast.
Obama berkata ia bukan sahaja diakibatkan penularan pandemik COVID-19, malah juga disebabkan ketegangan kaum dan konflik politik di negara Uncle Sam itu.
"Saya tahu saya mengalami kemurungan tahap rendah. Ia bukan sahaja kerana kuarantin, tetapi juga disebabkan ketegangan kaum dan pentadbiran serta hiprokrasi pada setiap hari, ia sangat menyedihkan,” kata Obama.
Beliau juga cuba untuk bersenam, walaupun terdapat satu tempoh sepanjang kuarantin yang mana beliau berasa tidak bersemangat.
“Saya bangun pada tengah malam kerana saya bimbang akan sesuatu,
"Saya cuba untuk bersenam, walaupun terdapat satu tempoh sepanjang kuarantin yang mana saya berasa tidak bersemangat,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pengawai Kepelbagaian Persatuan Psikologi Amerika, Brian Smedley berkata perasaan tersebut tidak asing bagi ramai rakyat Amerika, khususnya masyarakat bukan kaum kulit putih.
“Dan khususnya bagi orang berkulit hitam dan orang asli yang mengalami trauma, melihat orang kulit berwarna yang didera dan dibunuh dalam tangan penguatkuasa.
“Ia menyebabkan trauma dan bagi individu bukan berkulit putih, terdapat tekanan tambahan seperti kegelisahan, kebimbangan dan kemurungan,” jelasnya.
Smedley berkata keganasan berkaitan kaum boleh menyebabkan trauma bagi pihak yang mengalaminya dan juga pihak yang memerhatikannya.
Katanya lagi, mereka akan mengalami gejala seperti gangguan tidur, sakit kepala, masalah perut dan juga gangguan tekanan selepas trauma.
Topic Berkaitan
#bekas wanita pertama Amerika Syarikat
#COVID-19
#kemurungan tahap rendah
#ketegangan kaum
#konflik politik
#Michelle Obama
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan