DUNIA
Microsoft Azure pulih sepenuhnya selepas gangguan global, jutaan pengguna terjejas
Microsoft Azure pulih sepenuhnya selepas gangguan global selama lebih lapan jam akibat kesilapan konfigurasi pada komponen Azure Front Door.
REDMONT: Perkhidmatan awan Microsoft Azure pulih sepenuhnya selepas mengalami gangguan global selama lebih lapan jam yang menjejaskan jutaan pengguna dan sistem kritikal di seluruh dunia, menurut kenyataan rasmi syarikat itu awal pagi Khamis.
Ringkasan AI
Gangguan tersebut berpunca daripada kesilapan konfigurasi pada komponen Azure Front Door (AFD), yang menyebabkan kegagalan berangkai merentas beberapa wilayah dan platform utama termasuk Microsoft 365, Outlook, Xbox Live, Copilot dan Minecraft.
Microsoft melaksanakan pemulihan konfigurasi stabil bagi mengatasi masalah tersebut dan menyatakan bahawa kadar ralat serta kependaman (latency) kini kembali ke tahap sebelum insiden.
Antara organisasi yang terjejas termasuk Alaska Airlines, yang melaporkan gangguan kepada sistem laman web dan operasi tempahan, serta Lapangan Terbang Heathrow di London dan syarikat telekomunikasi Vodafone UK.
Insiden ini berlaku hanya beberapa jam sebelum pengumuman keputusan kewangan suku ketiga Microsoft, yang tetap menunjukkan prestasi kukuh dengan pendapatan AS$77.7 bilion dan keuntungan AS$27.7 bilion.
Segmen awan pintar (Intelligent Cloud) mencatat pertumbuhan dua digit, didorong oleh permintaan tinggi terhadap perkhidmatan Azure dan Copilot.
Pakar keselamatan siber dan infrastruktur digital menyuarakan kebimbangan terhadap kebergantungan global terhadap penyedia awan tunggal, sambil menyeru agar pelan kontingensi dan sistem sokongan silang diperkuatkan bagi mengelakkan gangguan berskala besar pada masa hadapan.
Microsoft menyatakan bahawa sebilangan kecil pelanggan mungkin masih mengalami isu terpencil dan usaha pemulihan penuh masih diteruskan.
Ringkasan AI
- Microsoft Azure pulih sepenuhnya selepas gangguan global selama lebih lapan jam akibat kesilapan konfigurasi pada komponen Azure Front Door.
- Gangguan jejaskan jutaan pengguna dan sistem kritikal termasuk Microsoft 365, Xbox Live, Copilot, serta organisasi seperti Alaska Airlines dan Heathrow.
- Pakar gesa pelan kontingensi diperkukuh susulan kebergantungan global terhadap penyedia awan tunggal, walaupun segmen awan Microsoft terus catat pertumbuhan kukuh.