DUNIA
Microsoft umum pelaburan AS$30 bilion di Britain
Pelan Microsoft itu merangkumi perbelanjaan modal sebanyak AS$15 bilion bagi memperluas infrastruktur awan dan AI Britain. - Reuters
SAN FRANCISCO: Microsoft pada Selasa mengumumkan pelaburan bernilai AS$30 bilion dalam infrastruktur dan operasi kecerdasan buatan (AI) di Britain sepanjang tempoh empat tahun dari 2025 hingga 2028, lapor Xinhua.
Syarikat itu berkata ia merupakan komitmen kewangan terbesar pernah dibuat di Britain, dengan pelan berkenaan merangkumi perbelanjaan modal sebanyak AS$15 bilion bagi memperluas infrastruktur awan dan AI negara itu.
Baki separuh pelaburan akan digunakan untuk operasi berterusan, termasuk penyelidikan lanjutan, pembangunan model dan produk AI, penciptaan permainan baharu, operasi pusat data serta sokongan jualan dan khidmat pelanggan di seluruh Britain, menurut Microsoft.
"Pelaburan bersejarah Microsoft ini adalah undi keyakinan yang kukuh terhadap kepimpinan Britain dalam AI dan teknologi termaju.
"Komitmen ini bukan sahaja akan memperkukuh infrastruktur digital dan menyokong ribuan pekerjaan berkemahiran tinggi, malah memastikan Britain kekal di barisan hadapan inovasi global ketika kami melaksanakan Pelan Perubahan," kata Perdana Menteri Britain Keir Starmer.
-- BERNAMA