awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mike Tyson belasah 'peminat' dalam pesawat selepas diganggu

Astro Awani
Astro Awani
21/04/2022
23:55 MYT
Mike Tyson belasah 'peminat' dalam pesawat selepas diganggu
Mike Tyson dilapor menumbuk seorang penumpang pesawat yang berterusan menganggunya ketika dalam pesawat pada Rabu malam. -Gambar fail/Instagram miketyson
SAN FRANCISCO: Mike Tyson dilapor menumbuk seorang penumpang pesawat ketika dalam penerbangan pada Rabu malam.
Kejadian dipercayai berlaku apabila penumpang yang duduk di kerusi belakang berterusan 'mengganggu' bekas juara tinju dunia itu.
Menurut portal TMZ, rakaman video menunjukkan bekas petinju profesional itu dilihat menurunkan tempat duduknya lalu menumbuk lelaki itu bertubi-tubi.
Insiden berlaku ketika penumpang sedang menunggu pesawat Jet Blue itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco ke Florida.
Rakaman video yang tular itu mendakwa lelaki itu dibelasah hanya kerana 'meminta autograf' daripada Tyson.
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan dilapor menerima rawatan tidak lama kemudian.
Namun menurut jurucakap Tyson, penumpang itu berulang kali "mengganggu"nya.
"Berlaku satu insiden dalam pesawat melibatkan Tyson dengan seorang penumpang agresif yang mengganggunya dan membaling botol air ke arahnya ketika Tyson berada di tempat duduk."
Jabatan Polis San Francisco (SFPD) memberitahu TMZ bahawa pegawainya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan dan menahan dua individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.
Bagaimanapun, polis menambah mangsa yang dirawat enggan memberi kerjasama dalam siasatan polis.
Tiada maklumat lanjut tentang siasatan terhadap Tyson oleh SFPD.
Sementara itu, sumber rapat dengan Tyson mendakwa peminat itu berada dalam keadaan mabuk dan berterusan membuat provokasi terhadap petinju itu dari tempat duduknya.
Seorang saksi dalam pesawat berkata legenda tinju itu pada mulanya nampak selesa melayan penumpang lain, malah ada yang berswafoto dengannya.
Namun apabila berterusan diganggu 'peminat' yang duduk di belakangnya, petinju berusia 55 tahun itu terus hilang sabar.
Saksi berkata Mike bertindak keluar dari pesawat tidak lama kemudian.
Topic Berkaitan
#Mike Tyson
#belasah peminat
#tumbuk penumpang pesawat
#Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan