awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela berkabung 7 hari, tuntut Maduro dikembalikan - Pemangku Presiden
Impian Real Madrid undang kecaman peminat Bayern, Lennart Karl akui kesilapan
Antoine Semenyo sah sertai Manchester City dengan yuran perpindahan 65 juta pound
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mikrofon Prabowo dimatikan ketika siaran langsung PBB

Astro Awani
Astro Awani
23/09/2025
07:07 MYT
Mikrofon Prabowo dimatikan ketika siaran langsung PBB
Prabowo Subianto berucap pada Persidangan Peringkat Tinggi mengenai Penyelesaian Damai Isu Palestin dan Pelaksanaan Penyelesaian Dua Negara yang berlangsung di ibu pejabat PBB, New York pada Isnin. - Gambar/ FB Prabowo Subianto
MIKROFON Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, dimatikan ketika beliau sedang menyampaikan bahagian akhir ucapannya dalam siaran langsung saluran rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ringkasan AI
  • Mikrofon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, dimatikan secara automatik ketika beliau menyampaikan bahagian akhir ucapannya dalam siaran langsung rasmi PBB semasa Persidangan Antarabangsa mengenai Penyelesaian Damai Isu Palestin di New York.
  • Kementerian Luar Indonesia menjelaskan bahawa tindakan tersebut selaras dengan peraturan PBB yang menetapkan had masa lima minit bagi setiap negara berucap, dan sistem akan mematikan mikrofon secara automatik jika tempoh melebihi.
  • Insiden itu mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, namun pihak Indonesia menegaskan bahawa peraturan berkenaan terpakai kepada semua wakil negara tanpa pengecualian.

Insiden itu berlaku semasa Persidangan Peringkat Tinggi mengenai Penyelesaian Damai Isu Palestin dan Pelaksanaan Penyelesaian Dua Negara yang berlangsung di ibu pejabat PBB, New York pada Isnin.
Menurut Pengarah Informasi dan Media Kementerian Luar Indonesia, Hartyo Harkomoyo, tindakan mematikan mikrofon tersebut adalah selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
“Berkaitan dengan pidato yang berkenaan, terdapat peraturan dan prosedur bahawa setiap negara mendapat tempoh berucap selama lima minit,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau menjelaskan bahawa sistem siaran langsung PBB akan secara automatik mematikan mikrofon sekiranya tempoh ucapan melebihi had yang ditetapkan, bagi memastikan kelancaran keseluruhan jadual persidangan.
Insiden berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, namun Kementerian Luar Indonesia menegaskan bahawa peraturan tersebut terpakai kepada wakil semua negara tanpa pengecualian.
Topic Berkaitan
#Presiden Indonesia
#Prabowo Subianto
#PBB
#Genosid Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan