awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurus, operator kilang kelapa sawit ditahan susulan pencemaran Sungai Sayong
Gempa bumi sederhana landa Laut Jawa
Matahari muncul semula - Holgado
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Militan Daish paling dikehendaki di Indonesia maut ditembak

Agensi
Agensi
19/07/2016
09:58 MYT
Militan Daish paling dikehendaki di Indonesia maut ditembak
Mayat Santoso dibawa masuk ambulans oleh pasukan keselamatan Indonesia. - Foto AFP
Militan paling dikehendaki di Indonesia, Santoso, telah terbunuh dalam satu pertempuran tembak-menembak dengan pasukan keselamatan negara itu.
Pihak polis Indonesia mengesah perkara itu pada Selasa sekali gus menamatkan siri pemburuan panjang ketua kumpulan Daish di negara itu.
"Pengganas itu adalah Santoso. Saya pernah memburu Santoso dan menangkap dia sebelum ini. Kami telah menghantar rakan sekumpulannya untuk proses pengecaman.
"Mereka telah mengesahkan mayat itu adalah Santoso,” kata Ketua Polis Sulawesi Tengah Rudy Sufahriadi kepada AFP.
Menurut beliau, Santoso terbunuh dalam pertempuran yang berlaku pada Isnin di ibu kota Sulawesi.
Kematiannya adalah kemenangan besar bagi pihak berkuasa Indonesia yang telah mengejar Santoso selama lima tahun.
Polis juga telah menghantar ribuan anggota keselamatan untuk mencari Santoso dan berpuluh-puluh pengikutnya di persembunyian mereka di sebuah hutan terpencil.
Kumpulan pengganas Santoso menjalankan siri serangan maut ke atas pasukan keselamatan negara itu dan turut dikenal pasti melatih militan dari seluruh Nusantara.
Pada tahun 2014, Santoso telah berikrar untuk taat setia kepada Daish dan telah dilabelkan sebagai pengganas paling dikehendaki di Amerika Syarikat, awal tahun ini.
Topic Berkaitan
#daish
#Indonesia
#IS
#militan
#Santoso
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan