Satu laporan analisis daripada organisasi penyelidikan, IHS Inc pada Isnin menyatakan militan IS menerima dana sekitar AS$80 juta pada setiap bulan.
Laporan itu menunjukkan 50 peratus sumber pendapatan IS adalah daripada aset rampasan dan pungutan cukai di wilayah-wilayah jajahan mereka.
Sebanyak 43 peratus sumber pula adalah daripada hasil penjualan minyak manakala selebihnya adalah hasil penyeludupan dadah, penjualan tenaga elektrik dan bantuan derma.
"Tidak seperti Al-Qaeda, IS tidak bergantung dananya daripada penderma-penderma luar. Ia bagi mengelak daripada terpengaruh dengan kehendak penderma," kata Penganalisis Kanan IHS,Columb Strack.
Beliau berkata analisis IHS menunjukkan nilai sumbangan yang diterima IS daripada pihak luar adalah sangat sedikit, berbanding sumber-sumber pendapatan yang lain.
Cukai, rampas, culik dan pasaran gelap
Berdasarkan analisis berkenaan, IS mempunyai sekurang-kurangnya enam sumber pendapatan: penghasilan dan penyeludupan minyak dan gas; keuntungan cukai aktiviti komersial di kawasan jajahannya; rampasan harta dan tanah; pengedaran dadah; aktiviti jenayah seperti merompak bank dan menculik bagi mendapatkan wang tebusan; dan pengendalian perniagaan seperti menjalankan perusahaan kecil termasuk syarikat pengangkutan atau agensi hartanah.
"Salah satu sumber utama pendapatan IS adalah hasil cukai daripada aktiviti ekonomi dan perkhidmatan asas termasuk elektrik, rangkaian telefon mudah alih, akses internet, perkhidmatan runcit, industri dan pertanian, dalam jajahan wilayah yang dikawalnya," kata seorang lagi Penganalisis Kanan IHS, Ludovico Carlino.
Menurut Carlino, IS mengenakan cukai 20 peratus ke atas semua perkhidmatannya.
Keadaan yang tidak terkawal di Syria dan Iraq telah memudahkan IS mengambil alih operasi pentadbiran kawasan berkenaan dengan eksploitasi jenayah dan penyeludupan rangkaian sedia ada dan pergantungan penduduk tempatan kepada pasaran gelap.
"Model perniagaannya, yang banyak tertumpu kepada perantara dan pengambilan peratusan pernigaan, juga bermakna bahawa IS mampu untuk membuat keuntungan daripada bidang dan sektor yang tidak terlibat secara langsung," kata Carlino.
Jejas sumber pendapatan
"Berdasarkan informasi di laman sosial media bahasa Arab dan sumber rangkaian di negara kami, usaha untuk menjejaskan sumber pendapatan IS adalah berbaloi," kata Strack.
Pakatan yang diketuai Amerika Syarikat telah memberi tumpuan untuk menjejaskan sumber pendapatan IS, terutamanya pendapatan minyak kumpulan itu yang membentuk kira-kira 43 peratus daripada pendapatan keseluruhan.
Menurut IHS, terdapat pelbagai indikator awal yang menunjukkan bahawa kumpulan berkenaan sedang bergelut untuk membuat pengimbangan dalam belanjawannya dengan pemotongan bayaran gaji pejuang-pejuangnya, kenaikan harga elektrik dan perkhidmatan asas lain dan pengenalan cukai pertanian baharu.
Walaupun IS mengekalkan kapasitinya dalam penghasilan minyak, mereka juga kehilangan akses mudah ke Turki selepas kekalahan di Tal Abyad dan usaha-usaha pihak berkuasa Turki untuk menghentikan aktitivi-aktiviti penyeludupan di sepanjang sempadan Syria.
Ia juga telah menyebabkan kumpulan itu terpaksa bergantung kepada pasaran gelap di Iraq dan Syria dengan penyeludupan dan penjualan minyak.
Agensi
Tue Dec 08 2015
Keadaan yang tidak terkawal di Syria dan Iraq telah memudahkan IS mengambil alih operasi pentadbiran kawasan berkenaan. - Gambar fail
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Militan IS terima dana AS$80 juta sebulan
berdasarkan analisis IHS Inc, 50 peratus sumber pendapatan IS adalah daripada aset rampasan dan pungutan cukai di wilayah-wilayah jajahan mereka.