awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Minyak Iraq selamatkan Lubnan daripada bergelap

Bernama
Bernama
19/05/2023
06:26 MYT
Minyak Iraq selamatkan Lubnan daripada bergelap
Mikati (foto) berkata minyak yang dibekalkan Iraq, khususnya membantu mengekalkan bekalan kuasa ke pelabuhan Beirut dan Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut-Rafic Hariri. -Reuters
KAHERAH: Minyak Iraq menyelamatkan Lubnan daripada bergelap, kata pemangku Perdana Menteri Lubnan Najib Mikati pada Khamis, lapor Sputnik.
"Jika bukan kerana minyak Iraq, Lubnan pastinya langsung tidak mempunyai bekalan elektrik," kata Mikati kepada penyiar Al Iraqiya.
Mikati berkata minyak yang dibekalkan Iraq, khususnya membantu mengekalkan bekalan kuasa ke pelabuhan Beirut dan Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut-Rafic Hariri.
Pada 2020, Beirut dan Baghdad bersetuju untuk mengeksport lebihan minyak Iraq ke Lubnan.
Awal minggu ini, kedua-dua pihak melanjutkan perjanjian yang menetapkan Baghdad menambah 50 peratus penghantaran minyak ke Lubnan kepada 1.5 juta tan minyak setahun.
Lubnan mengalami krisis ekonomi yang teruk sejak 2019 apabila sistem kewangan negara itu runtuh akibat hutang negara dan paun Lubnan kehilangan 90 peratus nilainya menyebabkan kemerosotan dalam kuasa beli penduduk.
Bank Dunia menyifatkan krisis Lubnan sebagai "kemelesetan yang disengajakan" disebabkan oleh salah urus pemimpin Lubnan dan kekurangan dasar yang berkesan.
Krisis Lubnan disenaraikan dalam tiga episod krisis paling teruk di dunia sejak pertengahan abad kesembilan belas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Najib Mikati
#Minyak Iraq
#Lubnan bergelap
#krisis ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan