DUNIA
Misi Freedom Flotilla dan TMTG kembali berlayar, masuki zon kuning
Kapal Conscience sudah mula bergerak sekitar jam 4.30 pagi dan kesemua kapal layar TMTG sudah berada di hadapan ketika ini. - Foto REUTERS
KESEMUA kapal dan kapal layar yang terlibat dalam misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) sudah kembali memulakan pelayaran masuk ke zon kuning.
Ringkasan AI
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Huwaida Arraf, enjin dihidupkan semula sekitar jam 4.30 pagi waktu tempatan.
“Ya, kapal Conscience sudah mula bergerak sekitar jam 4.30 pagi dan kesemua kapal layar TMTG sudah berada di hadapan ketika ini,” katanya ringkas.
Huwaida berkata demikian selepas selesai sesi latihan kecemasan yang dijalankan pada jam 5 pagi waktu tempatan.
Dua hari lalu, enjin Kapal Conscience dimatikan dan berada dalam kelajuan sifar bagi menjalani prosedur keselamatan rutin.
Pemeriksaan ini dilaksanakan bagi memastikan sistem tenaga, navigasi dan struktur kapal berada dalam keadaan baik selepas menempuh perjalanan panjang di laut.
Selain itu, prosedur ini dilakukan bagi membolehkan kesemua kapal layar yang terlibat dalam misi ini bersatu sebelum memulakan perjalanan menuju ke garisan kuning.
Ringkasan AI
- Semua kapal dan kapal layar yang terlibat telah memulakan pelayaran ke zon kuning selepas enjin dihidupkan semula sekitar jam 4.30 pagi waktu tempatan.
- Kapal Conscience sebelum ini dihentikan untuk prosedur keselamatan, termasuk pemeriksaan sistem tenaga dan navigasi selepas pelayaran jauh.
- Prosedur dijalankan bagi memastikan semua kapal bersatu dan bersedia sepenuhnya sebelum meneruskan misi ke destinasi yang ditetapkan.