awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi PBB suarakan kebimbangan peningkatan kehadiran tentera di Tripoli

Bernama
Bernama
31/08/2025
04:45 MYT
Misi PBB suarakan kebimbangan peningkatan kehadiran tentera di Tripoli
Pihak berkuasa Libya memaklumkan kebanyakan penempatan tentera berkenaan adalah "aktiviti ketenteraan biasa." - Gambar fail/ AP
TRIPOLI: Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Libya (UNSMIL) pada Sabtu menyuarakan kebimbangan terhadap penempatan berterusan tentera dan senjata di sekitar ibu negara Tripoli, sambil memberi amaran bahawa perkembangan berbahaya itu boleh mendatangkan "kemudaratan besar" kepada orang awam, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • UNSMIL menyuarakan kebimbangan terhadap penempatan tentera dan senjata yang berterusan di sekitar Tripoli, yang boleh mendatangkan kemudaratan besar kepada orang awam serta mencetuskan pertempuran sengit di kawasan padat penduduk.
  • Rundingan keselamatan sejak Jun menunjukkan kemajuan, dan UNSMIL menggesa semua pihak meneruskan dialog secara berhemah untuk mengelakkan ketegangan serta memastikan keselamatan awam terpelihara.
  • Ketegangan meningkat sejak malam Rabu dengan laporan pertempuran kecil, namun pihak berkuasa Libya menyifatkan penempatan tentera sebagai aktiviti ketenteraan biasa, manakala UNSMIL terus menyokong usaha mengekalkan gencatan senjata yang diumumkan pada Mei lalu.

UNSMIL dalam satu kenyataan berkata rundingan mengenai pengaturan keselamatan di Tripoli sejak Jun lalu menunjukkan kemajuan, justeru menggesa semua pihak meneruskan dialog bagi menyelesaikan isu terbabit dengan segera serta berhemah bagi mengelak ketegangan atau ancaman terhadap keselamatan awam.
Badan dunia itu turut menegaskan bahawa peningkatan kehadiran tentera terbaharu "menimbulkan ketakutan meluas dalam kalangan penduduk Tripoli" dan sebarang penggunaan kekerasan berisiko mencetuskan pertempuran sengit di bandar yang padat penduduk.
UNSMIL berikrar akan terus menyokong usaha pengantaraan bagi mengekalkan gencatan senjata di Libya yang diumumkan pada Mei lalu.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika ketegangan keselamatan di sekitar Tripoli semakin meningkat sejak malam Rabu, apabila pertempuran kecil dilaporkan berlaku di beberapa kawasan ibu negara.
Menurut laporan portal berita "The Libya Update" pada Sabtu, pihak berkuasa Libya memaklumkan kebanyakan penempatan tentera berkenaan adalah "aktiviti ketenteraan biasa."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Libya
#PBB
#UNSMIL
#Rundingan keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami